Seorang wanita melenting ditegur seorang pengawal keselamatan di sebuah sekolah di Indonesia dipercayai kerana tidak berpuas hati ditegur meletakkan motosikal di kawasan yang tidak sepatutnya.
Tindakan wanita berkenaan menjerit-jerit dan memarahi pengawal keselamatan yang dikategorikan sebagai golongan warga emas itu menimbulkan kemarahan warganet. "Tetapi kedudukan motosikal ibu itu salah," kata individu lain yang turut berada di lokasi kejadian. "Memang saya salah, saya nak cepat sebab nak hantar anak," kata wanita itu lagi. Difahamkan, dek kerana tidak dapat menerima teguran itu, wanita berkenaan membuat laporan polis terhadap lelaki terbabit dan menuduhnya melakukan perbuatan kurang menyenangkan. Malah, dia mendakwa pengawal keselamatan terbabit berkali-kali mengusir anak-anaknya daripada datang ke sekolah itu.
“Berapa kali pakcik mengusir saya, anak saya tidak boleh sekolah di sini,” tanya wanita itu.
|
ADVERTISEMENT