View: 3294|Reply: 5
|
Ibu Nak Cepat Hantar Anak Hamun Pak Guard Sebab Tegur Salah Parkir Motor
[Copy link]
|
|
Seorang wanita melenting ditegur seorang pengawal keselamatan di sebuah sekolah di Indonesia dipercayai kerana tidak berpuas hati ditegur meletakkan motosikal di kawasan yang tidak sepatutnya.
Tindakan wanita berkenaan menjerit-jerit dan memarahi pengawal keselamatan yang dikategorikan sebagai golongan warga emas itu menimbulkan kemarahan warganet.
IG
"Tetapi kedudukan motosikal ibu itu salah," kata individu lain yang turut berada di lokasi kejadian.
"Memang saya salah, saya nak cepat sebab nak hantar anak," kata wanita itu lagi.
Difahamkan, dek kerana tidak dapat menerima teguran itu, wanita berkenaan membuat laporan polis terhadap lelaki terbabit dan menuduhnya melakukan perbuatan kurang menyenangkan.
Malah, dia mendakwa pengawal keselamatan terbabit berkali-kali mengusir anak-anaknya daripada datang ke sekolah itu.
“Berapa kali pakcik mengusir saya, anak saya tidak boleh sekolah di sini,” tanya wanita itu.
Bagaimanapun, setelah kejadian itu tular, muncul satu foto menunjukkan wanita dan pengawal tersebut bergambar bersama anggota polis di sekolah berkenaan.
Meskipun tiada penjelasan lanjut mengenai gambar tersebut, kedua-dua pihak difahamkan telah berdamai dan tidak memperbesar kes itu.
Sumber: Majoriti
|
|
|
|
|
|
|
|
Ini biasa, bukan di Indonesia je, di Malaysia pun banyak. Semakin ditegur semakin menjadi2. Bukan setakat sekolah, block jalan nak beli nasi lemak pun ramai, selamba bukak pintu kereta luas2, kita nak lalu pun susah. |
|
|
|
|
|
|
|
Teringat kes pak guard Kene marah dituduh laki dayus oleh bini pemain bola aritu..haha |
|
|
|
|
|
|
|
Ni mesti spesis mek yah NPD |
|
|
|
|
|
|
|
Sini ramai dtg sekolah jam saing2 bapak pergi kerja jam 7.30 aman2 aja |
|
|
|
|
|
|
|
paling tak suka lalu kawasan sekolah waktu mak pak anto jemput budak..macam dia je ada anak sekolah |
|
|
|
|
|
|
| |
|