Bersyukur kematian anaknya mendapat keadilan sewajarnya, ibu Allahyarham Aiman Nosri, 27, Nurizawati Dani, 57, kini tenang dan mampu meneruskan kehidupan walaupun kehilangan anak ketiganya daripada empat beradik itu.
“Hukuman yang diberikan adalah setimpal. Hutang nyawa harus dibalas dengan nyawa. Barulah saya akan rasa tenang dan aman. “Setelah hari ini, saya boleh meneruskan hidup saya dan menerima keadaan yang sedia ada. “Saya berpuas hati kepada keputusan mahkamah yang memihak dan memberikan keadilan kepada Aiman,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi kompleks mahkamah di sini hari ini. Terdahulu, Hakim Nurulhuda Nur’aini Mohamad Nor menjatuhi hukuman gantung sampai mati terhadap dua warga asing iaitu Sua Lay, 38 dan Gurpreet Singh, 28, yang didapati bersalah membunuh Aiman, lima tahun lalu. Mengulas lanjut, Nurizawati yang merupakan suri rumah itu menjelaskan hukuman diberikan mahkamah itu adalah peringatan kepada mana-mana individu agar tidak melakukan perkara serupa.
“Ini supaya tiada lagi ibu yang lalui apa saya lalui iaitu kehilangan anak tambahan satu-satunya anak lelaki saya dan dirampas dengan cara amat zalim. “Dibunuh dan dibiarkan seorang diri di situ. Itu membuatkan saya trauma,” tegasnya. Media sebelum ini melaporkan kehilangan seorang pemandu Grab selama dua hari terbongkar apabila ditemui mati dalam kereta Perodua Myvi miliknya di tempat letak kenderaan kawasan perumahan Selayang Baru dekat sini. Mayat mangsa berasal dari Nilai, Negeri Sembilan ditemui pada 23 Jun 2018 kira-kira pukul 8.20 malam. Hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat sesak nafas dipercayai ditekup menggunakan baju-T miliknya sendiri. Sumber: KOSMO! ONLINE
|
orangbiasaje replied at 28-7-2023 07:57 PM
Ada berita kenapa mereka bunuh tak? Nak tau sebab apa.
eyansss replied at 28-7-2023 08:09 PM
rompak…
orangbiasaje replied at 29-7-2023 12:14 AM
Hm...dek nk duit x seberapa, matilah kau di tali gantung. Skrg kalau nak dpt duit dgn benda jahat ...
ADVERTISEMENT