CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3232|Reply: 9

'Hutang Nyawa Dibalas Nyawa' - Ibu Pemandu Grab Yang Dibunuh Syukur Pelaku Digantung

[Copy link]
Post time 28-7-2023 03:58 PM | Show all posts |Read mode
Bersyukur kematian anaknya mendapat keadilan sewajarnya, ibu Allahyarham Aiman Nosri, 27, Nurizawati Dani, 57, kini tenang dan mampu meneruskan kehidupan walaupun kehilangan anak ketiganya daripada empat beradik itu.


“Hukuman yang diberikan adalah setimpal. Hutang nyawa harus dibalas dengan nyawa. Barulah saya akan rasa tenang dan aman.


“Setelah hari ini, saya boleh meneruskan hidup saya dan menerima keadaan yang sedia ada.




Nurizawati.




“Saya berpuas hati kepada keputusan mahkamah yang memihak dan memberikan keadilan kepada Aiman,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi kompleks mahkamah di sini hari ini.


Terdahulu, Hakim Nurulhuda Nur’aini Mohamad Nor menjatuhi hukuman gantung sampai mati terhadap dua warga asing iaitu Sua Lay, 38 dan Gurpreet Singh, 28, yang didapati bersalah membunuh Aiman, lima tahun lalu.


Mengulas lanjut, Nurizawati yang merupakan suri rumah itu menjelaskan hukuman diberikan mahkamah itu adalah peringatan kepada mana-mana individu agar tidak melakukan perkara serupa.


“Ini supaya tiada lagi ibu yang lalui apa saya lalui iaitu kehilangan anak tambahan satu-satunya anak lelaki saya dan dirampas dengan cara amat zalim.


“Dibunuh dan dibiarkan seorang diri di situ. Itu membuatkan saya trauma,” tegasnya.


Media sebelum ini melaporkan kehilangan seorang pemandu Grab selama dua hari terbongkar apabila ditemui mati dalam kereta Perodua Myvi miliknya di tempat letak kenderaan kawasan perumahan Selayang Baru dekat sini.


Mayat mangsa berasal dari Nilai, Negeri Sembilan ditemui pada 23 Jun 2018 kira-kira pukul 8.20 malam.


Hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat sesak nafas dipercayai ditekup menggunakan baju-T miliknya sendiri.




Sumber: KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2023 07:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada berita kenapa mereka bunuh tak? Nak tau sebab apa.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2023 08:09 PM | Show all posts
orangbiasaje: Ada berita kenapa mereka bunuh tak? Nak tau sebab apa.


rompak…
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2023 09:02 PM | Show all posts
orangbiasaje replied at 28-7-2023 07:57 PM
Ada berita kenapa mereka bunuh tak? Nak tau sebab apa.


Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2023 09:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus. Berita yang menyenangkan untuk didengar atas faktor keadilan.
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2023 12:14 AM From the mobile phone | Show all posts
eyansss replied at 28-7-2023 08:09 PM
rompak…

Hm...dek nk duit x seberapa, matilah kau di tali gantung. Skrg kalau nak dpt duit dgn benda jahat pun, belajar jadi scammer atau hacker.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-7-2023 04:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Shah Alam: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap dua warga asing selepas didapati bersalah membunuh seorang pemandu Grab warga tempatan lima tahun lalu.

Hakim Nurulhuda Nur'aini Mohamad Nor menjatuhkan hukuman itu ke atas warga Myanmar, Sua Lay, 38, dan warga India, Gurpreet Singh, 28, selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Nurulhuda dalam penghakiman memaklumkan tiada pembelaan yang timbul dan berbangkit berhubung kejadian pembunuhan pemandu perkhidmatan p-hailing itu.

Katanya, hujahan kedua-dua tertuduh yang dimaklumkan kepada mahkamah bahawa mereka tidak memahami bahasa Melayu juga tidak boleh diterima kerana tertuduh mampu memberikan arahan kepada mangsa untuk berhenti awal dari tempat asal yang dituju oleh mereka.

Selain itu, Nurulhuda berkata, kedua-dua tertuduh mampu untuk memandu arah kepada penemuan kunci kereta jenis Perodua Myvi milik mangsa (ketika proses siasatan polis).

"Mangsa dijerut dan ada kecederaan pada leher. Selain itu ada penemuan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) kedua-dua tertuduh pada tali pinggang keledar bahagian pemandu.

"Walaupun ia tidak dikatakan (pembunuhan) zalim, tetapi fakta mayat (mangsa) ditinggal begitu saja dalam kereta. Ini menunjukkan tertuduh tiada mempunyai perasaan belas kasihan terhadap si mati. Atas alasan itu, saya bersetuju hujahan pihak pendakwaan dan (menjatuhi) hukuman gantung sampai mati kepada tertuduh," katanya.

Sua Lay dan Gurpreet sebelum ini didakwa di Mahkamah Majistret Selayang pada 16 Julai 2018 atas pertuduhan membunuh seorang pemandu Grab, pada 21 Jun tahun yang sama.

Tertuduh, masing-masing bekerja sebagai pembantu kedai sayur dan kelindan lori didakwa dengan niat bersama-sama membunuh pemandu Grab, Aiman Nosri, 27, di tempat letak kereta, di lorong belakang Blok C di Taman Selayang Makmur, Selayang Baru, Batu Caves, pada 10.08 malam, 21 Jun 2018.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, kedua-dua tertuduh diwakili peguam Siti Anis Che Ab Wahab dan Muhamad Amirul Jamaluddin memohon agar anak guam mereka dikenakan hukuman penjara 30 tahun dan 12 sebatan berdasarkan peruntukan baharu dalam Seksyen 302 Kanun Keseksaan sama ada dijatuhi hukuman gantung sampai mati atau penjara berserta sebatan.

Muhamad Amirul berkata, walaupun ada kehilangan nyawa, namun melihat pada keterangan mahkamah tidak ada bukti langsung kedua-dua tertuduh membunuh mangsa serta mahkamah jarang meletakkan sesuatu hukuman ke tahap yang maksimum kecuali ia membabitkan penjenayah tegar.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Mohammed Heikal Ismail dalam hujahannya berkata hukuman mestilah melambangkan kepentingan awam dan bertujuan mencegah selain menjadi isyarat berkesan kepada orang awam berkenaan seriusnya kesalahan membunuh.

"Kesalahan membunuh adalah satu kes yang amat serius. Dalam kes ini, tertuduh telah melakukan satu kesalahan jenayah keji. Justeru, hukuman gantung dianggap setimpal kepada mereka selepas didapati bersalah," katanya.

Disiarkan pada: Julai 28, 2023 @ 4:03pm
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2023 10:56 AM | Show all posts
mendapatlah kau
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2023 05:45 PM | Show all posts
orangbiasaje replied at 29-7-2023 12:14 AM
Hm...dek nk duit x seberapa, matilah kau di tali gantung. Skrg kalau nak dpt duit dgn benda jahat  ...

tu la...  keje scammer paling senang n selamat kat malaysia terchenta ni...  tak lut dek undang2 oit...  hahaha...
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2023 11:30 PM | Show all posts
Kesian tengok ibu arwah tu. Mesti trauma sangat. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman, mudah masuk syurga
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-10-2024 10:24 AM GMT+8 , Processed in 0.057684 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list