CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5109|Reply: 11

[Tempatan] Doktor Pakar Di Klang Diperintah Bayar RM850,000 Kepada Pekerja Bank Kerana Cuai

[Copy link]
Post time 8-1-2025 04:17 PM | Show all posts |Read mode



Mahkamah Tinggi Klang telah memutuskan bahawa dua doktor pakar bertanggungjawab dan perlu membayar lebih daripada RM850,000 kepada seorang penghantar pesanan bank yang mengalami kecederaan kekal pada lengan kanannya selepas rawatan perubatan yang didakwa cuai, lapor FMT.

Hakim Azmi Abdullah memihak kepada plaintif, Fahmi Hata, 38, yang dirawat oleh seorang pakar ortopedik dan seorang pakar bedah plastik selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya 10 tahun lalu.

Keputusan itu juga mengarahkan kedua-dua doktor membayar RM85,000 sebagai kos guaman kepada Fahmi, dengan tanggungjawab liabiliti dibahagikan 65:35 antara mereka.

Bagaimanapun, semua pihak kini sedang membuat rayuan terhadap jumlah pampasan yang diberikan.

Pada awalnya, Fahmi turut menamakan KPJ Klang Specialist Hospital sebagai defendan.

Namun, tindakan terhadap hospital itu dihentikan selepas ia bersetuju membayar Fahmi RM20,000 sebagai ex-gratia tanpa mengakui liabiliti.

Hakim Azmi memberikan pampasan kepada Fahmi berdasarkan kecederaan serius dan kekal yang dialaminya.

1- RM200,000: Ganti rugi am untuk kesakitan dan penderitaan serta kehilangan nikmat hidup.
2- RM130,000: Ganti rugi teruk (aggravated damages).
3- RM511,066.86: Kos rawatan perubatan dan hospital.
4- RM10,000: Perbelanjaan perjalanan dan kos lain berkaitan.

Walaupun demikian, hakim tidak memberikan jumlah lebih tinggi bagi ganti rugi teruk kerana mendapati tiada tindakan bersifat keji atau berunsur jahat daripada pihak doktor.

Hakim turut menolak tuntutan Fahmi untuk pampasan bagi penjagaan masa depan dan perkhidmatan.

Azmi menyatakan bahawa Fahmi masih bebas menjalani kehidupan sendiri, termasuk menunggang motosikal, dan telah kembali bekerja sebagai penghantar pesanan.

Selain itu, mahkamah juga menolak pampasan bagi kehilangan kapasiti kerja kerana tiada bukti bahawa Fahmi berisiko kehilangan pekerjaan akibat kecederaannya.

Kes ini bermula apabila Fahmi mengalami kemalangan motosikal dalam perjalanan pulang dari tempat kerja.

Lengan kanannya terkena rel besi sebelum terjatuh ke dalam longkang.

Fahmi dibawa ke Hospital Serdang, di mana dia didiagnosis mengalami patah pada tulang humerus kanan serta patah dua tulang metakarpal.

Setelah diberitahu bahawa majikannya, CIMB Bank Berhad, akan menanggung kos rawatan di hospital swasta, Fahmi memilih untuk dipindahkan ke KPJ Klang Specialist Hospital kerana lebih dekat dengan rumahnya.

Namun, menurut bukti di mahkamah:

1- Pakar ortopedik di hospital itu menunda pembedahan awal dan gagal menangani jangkitan pada luka dengan sewajarnya sehingga menyebabkan Fahmi perlu menjalani pelbagai debridement luka.

2- Pakar bedah plastik yang menjalankan pembedahan flap juga gagal kerana jangkitan masih berterusan.

Akibatnya, Fahmi terpaksa menjalani lebih daripada 30 pembedahan untuk mengawal jangkitan.

Dia mengalami cacat kekal 13.5cm tulang humerus tengah serta kelumpuhan saraf radial.


Sumber : The vocket

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2025 05:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Puncanya jangkitan kuman merebak je . Ko kencing manis ke, dek?
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2025 09:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by SalenaGomez at 8-1-2025 09:54 PM
emera replied at 8-1-2025 05:42 PM
Puncanya jangkitan kuman merebak je . Ko kencing manis ke, dek?


X jugak. Pernah happen pd ahli keluarga. Umur 11 tahun. Kena langgar dgn motor time lintas jalan. Xray kat klinik xde patah. So kena jahit je kaki. Lepas 3 hari kaki bengkak n refer ke hospital. Rupanya ada jangkitan kuman sebab ada lidi rim tayar berkarat tertusuk dalam n nak dekat tulang betis kaki. Terus buat operation sbb kalau lambat, kaki boleh kena potong sebab jangkitan kuman tu menyebabkan kaki gangren
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2025 10:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa selalu yang kena saman ialah doktor swasta? Kalau doctor gomen tak boleh disaman ke acaner?
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2025 11:26 PM | Show all posts
dah pindah hospital
gamaknya dr masa tu ada kes yg lebih urgent
apapun ... banyak jugak lah dapat
sbb kes lama
gamak sebahagian besar dpat kat loyer jer ...
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2025 10:44 AM | Show all posts
kecuaian spt ni patut kena penal berat.  baru masing2 ada otak.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-1-2025 10:52 AM | Show all posts
Pernah baca sebab tu gaji dr dwasta sangat tggi lebig 5x ganda dr gomen..katanya kalau apa2 jd masa procedure kena saman dr sendiri perlu menjawab dan disaman...bukan hspital tu...
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2025 10:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Kes ICU dah ni, dia boleh suruh patient lepak dalam wad...lek lu katenye


Sebab fikir pekerjaan orang tu tak penting untuk negara
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2025 11:01 AM | Show all posts
wow
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2025 11:08 AM | Show all posts
hermm masih takleh lawan budak yg dpt 7 juta pampasan tu
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2025 11:09 AM | Show all posts
sayawifenikmie replied at 8-1-2025 11:26 PM
dah pindah hospital
gamaknya dr masa tu ada kes yg lebih urgent
apapun ... banyak jugak lah dapat

yee loyer pn akn dpt jgk
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2025 11:12 AM From the mobile phone | Show all posts
mayaHD replied at 9-1-2025 11:08 AM
hermm masih takleh lawan budak yg dpt 7 juta pampasan tu

Kes mana ni chuols
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 11:58 PM GMT+8 , Processed in 0.994265 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list