PETALING JAYA – Gara-gara tidak berpuas hati dengan pentadbiran sekolah, sekumpulan ibu bapa nekad memasang sepanduk di sebuah sekolah di Damansara . Menerusi sepanduk yang tertera, mereka menggesa guru besar dan penolong kanan pentadbiran itu dipindahkan daripada sekolah berkenaan dengan segera.
Menurut seorang ibu bapa yang mahu dikenali Syam, 45, berkata, punca mereka menaikkan sepanduk itu adalah kerana tidak berpuas hati dengan kedua-dua pentadbir tersebut. “Banyak program melibatkan ibu bapa, PIBG (Persatuan Ibu Bapa dan Guru) dihalang oleh pentadbir sekolah, malah kami ibu bapa juga dihalang untuk menyertai sebarang aktiviti melibatkan pelajar dan ibu bapa. “Selain itu, banyak program-program yang dirancang ibu bapa bersama PIBG turut disekat pentadbir sekolah ini. Kami sudah beberapa kali berbincang mengenai perkara ini, namun tiada jalan penyelesaian.
“Justeru, kami mahu kedua-dua individu ini dipindahkan segera bagi mengelakkan lebih banyak lagi kesulitan dialami oleh ibu bapa dan pelajar pada masa akan datang,” luahnya kepada Kosmo! Sementara itu, Yang Dipertua PIBG sekolah berkenaan ketika dihubungi berkata, pihak Kementerian Pendidikan (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah telah turun dan meninjau masalah sekolah itu semalam. Bagaimanapun katanya, setakat ini pihak PIBG dan ibu bapa masih belum dipanggil untuk memberi keterangan. “Saya sebagai YDP PIBG tidak dapat memberi sebarang komen buat masa ni. Kami PIBG sebagai orang tengah cuba menjadi pendamai antara pihak pentadbir dan ibu bapa,” katanya. Terdahulu, tular video berdurasi 43 saat memaparkan ibu bapa sedang menggantung sepanduk mendesak pentadbir sekolah itu dipindahkan segera. Berdasarkan tulisan yang tertera di sepanduk itu, mereka mengakui masalah yang terjadi di antara pihak pentadbir dan ibu bapa sudah berlarutan sejak tahun 2019. Bagaimanapun, tiada sebarang penyelesaian dibuat oleh pihak berwajib walaupun sudah melalui saluran-saluran aduan rasmi KPM. – CARI Sumber: Kosmo
|
nuralisa replied at 28-7-2023 04:55 PM
Sekolah area mana yg mak bapak sibuk buat program nie?? hahaha
parents tu semua x keje ke? mesti tem ...
honeybee1802 replied at 28-7-2023 05:07 PM
Itu la...ini damansara yg makpak rsmai t20 tu ker?
felinecat replied at 28-7-2023 05:17 PM
Damansara Jaya atau damansara utama
antikorok replied at 28-7-2023 06:53 PM
Censored tapi kat bawah yg tak censored tu jelas nampak nama sekolah
Samerosie replied at 28-7-2023 06:57 PM
Nampak ke chuols pixelated teruk. iols cuma nampak ppd petaling utama jer.
antikorok replied at 28-7-2023 07:01 PM
Nampak chuols kalau tengok gambor ni kat page suratkabo, nampak nama sekolah tuh kat point pertama ...
sambaldurian: Klu setakat gb / sekolah x bg ...
antikorok replied at 28-7-2023 11:01 AM
Nampak chuols kalau tengok gambor ni kat page suratkabo, nampak nama singkatan sekolah tu kat point ...
ADVERTISEMENT