CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5129|Reply: 56

Ibu Bapa Tak Puas Hati, Pasang Sepanduk Nak 'Halau' Guru Besar Dan Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Di Damansara

[Copy link]
Post time 28-7-2023 03:35 PM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA – Gara-gara tidak berpuas hati dengan pentadbiran sekolah, sekumpulan ibu bapa nekad memasang sepanduk di sebuah sekolah di Damansara .


Menerusi sepanduk yang tertera, mereka menggesa guru besar dan penolong kanan pentadbiran itu dipindahkan daripada sekolah berkenaan dengan segera.


Menurut seorang ibu bapa yang mahu dikenali Syam, 45, berkata, punca mereka menaikkan sepanduk itu adalah kerana tidak berpuas hati dengan kedua-dua pentadbir tersebut.


Foto: Kosmo




“Banyak program melibatkan ibu bapa, PIBG (Persatuan Ibu Bapa dan Guru) dihalang oleh pentadbir sekolah, malah kami ibu bapa juga dihalang untuk menyertai sebarang aktiviti melibatkan pelajar dan ibu bapa.


“Selain itu, banyak program-program yang dirancang ibu bapa bersama PIBG turut disekat pentadbir sekolah ini. Kami sudah beberapa kali berbincang mengenai perkara ini, namun tiada jalan penyelesaian.


“Justeru, kami mahu kedua-dua individu ini dipindahkan segera bagi mengelakkan lebih banyak lagi kesulitan dialami oleh ibu bapa dan pelajar pada masa akan datang,” luahnya kepada Kosmo!


Sementara itu, Yang Dipertua PIBG sekolah berkenaan ketika dihubungi berkata, pihak Kementerian Pendidikan (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah telah turun dan meninjau masalah sekolah itu semalam.


Bagaimanapun katanya, setakat ini pihak PIBG dan ibu bapa masih belum dipanggil untuk memberi keterangan.


“Saya sebagai YDP PIBG tidak dapat memberi sebarang komen buat masa ni. Kami PIBG sebagai orang tengah cuba menjadi pendamai antara pihak pentadbir dan ibu bapa,” katanya.


Terdahulu, tular video berdurasi 43 saat memaparkan ibu bapa sedang menggantung sepanduk mendesak pentadbir sekolah itu dipindahkan segera.


Berdasarkan tulisan yang tertera di sepanduk itu, mereka mengakui masalah yang terjadi di antara pihak pentadbir dan  ibu bapa sudah berlarutan sejak tahun 2019.


Bagaimanapun, tiada sebarang penyelesaian dibuat oleh pihak berwajib walaupun sudah melalui saluran-saluran aduan rasmi KPM. – CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2023 03:40 PM | Show all posts
Moh la kita juga buat sepanduk dan gantung depan taman rumah mek yah yang kita juga bukan hadi bawang walaupun 2 hari lepas mek yah bersembang pasal sepanduk dengan kawan skizo dia tu
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2023 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
GB mmg gred 44 eh? Ingatkan gred 48 at least
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2023 04:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Klu setakat gb / sekolah x bg buat program ke majlis, mcm kurang patut. Tp klu gb pecah amanah amek duit utk personal gain,tu patut dipertikai. Yela cara aku baca mcm mak ayah nk buat mcm2 program tp GB x setuju, myb GB nk allocate duit tu utk pelajar kurang kemampuan, utk aktiviti khas murid2 tanpa mak ayah  menyibuk kt aktiviti tu. Tp klu ada pecah amanah duit siapla GB.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2023 04:53 PM | Show all posts
yg makpak sibuk hal sekolah.. nak baut mcm2 program, majlis tu semua dah kenapa? duduk diam2 biar anak2 tu belajar dgn aman dan tenang x boleh ke?

ni semua sbb dah lama x buat konten yg kebaboo kat fb/insta/twitter/tiktok lah ni
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2023 04:55 PM | Show all posts
Sekolah area mana yg mak bapak sibuk buat program nie?? hahaha
parents tu semua x keje ke? mesti tempat T20 ni .
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-7-2023 04:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Mak pak T20 yg perangai hauk level B40. Kalau boleh dari A-Z depa nk susun sekolah.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2023 04:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Dipindahkan nsnti dia akan buat benda yang sama di tempat baru.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2023 04:59 PM | Show all posts
Edited by antikorok at 28-7-2023 05:02 PM

PIBG sekolah SJKC dana berjota2 setahun tersenyum sinisss dengan segelintir ibu bapa sekolah gomen yg culass bayo duwet PIBG sampai ada sekolah tak cukop 40% pongg






Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2023 05:07 PM From the mobile phone | Show all posts
nuralisa replied at 28-7-2023 04:55 PM
Sekolah area mana yg mak bapak sibuk buat program nie?? hahaha
parents tu semua x keje ke? mesti tem ...

Itu la...ini damansara yg makpak rsmai t20 tu ker?
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2023 05:17 PM From the mobile phone | Show all posts
honeybee1802 replied at 28-7-2023 05:07 PM
Itu la...ini damansara yg makpak rsmai t20 tu ker?

Damansara Jaya atau damansara utama
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2023 06:39 PM From the mobile phone | Show all posts
felinecat replied at 28-7-2023 05:17 PM
Damansara Jaya atau damansara utama

Tengok2 damansara damai haha
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2023 06:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Censored tapi kat bawah yg tak censored tu jelas nampak nama sekolah
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2023 06:57 PM From the mobile phone | Show all posts
antikorok replied at 28-7-2023 06:53 PM
Censored tapi kat bawah yg tak censored tu jelas nampak nama sekolah

Nampak ke chuols pixelated teruk.  iols cuma nampak ppd petaling utama jer.  
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2023 07:01 PM | Show all posts
Edited by antikorok at 28-7-2023 07:07 PM
Samerosie replied at 28-7-2023 06:57 PM
Nampak ke chuols pixelated teruk.  iols cuma nampak ppd petaling utama jer.

Nampak chuols kalau tengok gambor ni kat page suratkabo, nampak nama singkatan sekolah tu kat point pertama bawah tajuk tu.
Ni link gambor



Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2023 07:07 PM From the mobile phone | Show all posts
antikorok replied at 28-7-2023 07:01 PM
Nampak chuols kalau tengok gambor ni kat page suratkabo, nampak nama sekolah tuh kat point pertama  ...

Oh nanmpak nampak thank you.  Apa2 pun mmg t20 area hahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2023 07:18 PM From the mobile phone | Show all posts
sambaldurian: Klu setakat gb / sekolah x bg  ...

Yang ni I setuju. Mak pak nak menyibuk nak tadbir sekolah. Banyak sekolah kadang2 terikat dengan PIBG, sebab yuran PIBG mahal, so parents boleh atur pentadbiran sesuaka hati mereka, macam sekolah tu mereka yang punya. Sekolah perlu ada Guru Besar dan Penolong Kanan Pentadbiran yang tegas seperti ini. Dan pihak PPD, tolong jangan mudah dipengaruhi oleh parents sebegini. Hancur sekolah nanti bila banyak pihak masuk campur dalam soal pentadbiran.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2023 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Dorg byk sgt tgk K-drama ni..mak pak t20 slalu dlm kdrama kawal sekolah..yela VIP..smpai anak buli pn cikgu tkut nk lawan..hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2023 07:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Sekolah anak meols sekolah mubaligh, student 600 sahaja. Tahun depan mungkin akan open utk murid pompuan msuk utk tahun 1 tujuan nak bagi ramai student. Yuran PIBG RM150 tapi yg bayar cuma 32% je. Nasib gubesar pandai cari sponsor. Dewan disewakan secara total utk buat apa2 majlis kat org luar. Ajk pibg mmg komited la..pagi2 akan jaga kat drive thru, bukak kan pintu, patu kat pintu msuk ada bapak ni spray2 kat tgn bdk2. Yg jaga lalu lintas pon ada. Sekolah anak meols ni ramai majority B40.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2023 07:32 PM From the mobile phone | Show all posts
antikorok replied at 28-7-2023 11:01 AM
Nampak chuols kalau tengok gambor ni kat page suratkabo, nampak nama singkatan sekolah tu kat point ...


"Menyekat bakat dan potensi anak2"

Yang ni aku faham sangat. Sebab pernah merasa pengetua2 babi (termasuk current one) tak benarkan bawak pelajar bertanding atas alasan 'tak boleh menang'. Kiwak kau. Sebab tu kot aku develop obsession kalau bawak budak2 pi bertanding, mesti nak menang. Kalau idok dapat top 3, jadik la. Sebab malas kena hina. Ada pentadbir ni asyik bising pasal duit keluar banyak bila bawak bertanding. Iya aku faham tapi kalau perap ja bebudak tu kat sekolah, hapa saja la kemenjadian mereka?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-10-2024 02:28 PM GMT+8 , Processed in 0.176786 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list