PUTRAJAYA – Berdasarkan Laporan Survei Perbelanjaan Isi Rumah Malaysia 2022, sawi, lobak, ubi kentang dan tomato adalah empat sayur utama yang paling popular dibeli rakyat Malaysia. Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Mohd. Uzir Mahidin berkata, empat jenis sayur itu mendapat peratusan isi rumah berbelanja tertinggi daripada keseluruhan 166 item sayur yang disenaraikan.
Beliau berkata, berdasarkan kajian, 57.6 peratus isi rumah memilih sawi diikuti lobak (54.4 peratus), ubi kentang (54.3 peratus) dan tomato (51.2 peratus). “Selepas ini, jika agensi kerajaan nak tanam apa-apa, kena tengok dapatan ini,” katanya pada sidang akhbar pada majlis pelancaran Laporan Survei Pendapatan Isi Rumah Malaysia, 2022 di sini hari ini. Dalam pada itu, katanya, kerajaan juga mesti menjaga bekalan ayam dan itik kerana lebih 80 peratus rakyat Malaysia makan ayam berdasarkan dapatan sama.
Sementara itu, Mohd. Uzir berkata, bagi kumpulan ikan segar pula, rakyat Malaysia lebih gemar makan ikan kembung dengan 53.4 peratus diikuti selayang (27.6 peratus), siakap (27.4 peratus dan cencaru (25.4 peratus). “Dapatan itu diperolehi daripada keseluruhan 115 item ikan segar yang dijual dipasaran,” katanya. Selain itu, katanya, rakyat Malaysia juga lebih menggemari pasta dan mee sebagai makanan utama yang dipilih jika makan di luar rumah iaitu 91.2 peratus. “Makanan lain yang dinikmati di luar rumah ialah teh dengan 85.5 peratus diikuti nasi ayam (83.1 peratus) dan nasi lemak (80.5 peratus),” katanya. –CARI Sumber: Kosmo
|
Decaffeinated replied at 28-7-2023 08:23 AM
Tapi aku suka brussel sprout. Tiber...
Orenn1 replied at 28-7-2023 04:33 PM
Pahittlah, aku tak suka, tp beli jugak sbb tok laki suka gak, aku bagi nama melayu cabbage kecik l ...
Decaffeinated replied at 28-7-2023 08:38 AM
Betul, pahit. Sebab tu aku suka
Minum kopi pun tanpa gula
Decaffeinated replied at 28-7-2023 04:23 PM
Tapi aku suka brussel sprout. Tiber...
isseliparjepun replied at 28-7-2023 04:43 PM
Suka juga. Dekat tempat I selalu yang jual tu Aeon je. Pahit sikit je, tapi crunchy.
ADVERTISEMENT