CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2504|Reply: 12

Rakyat Malaysia Suka Beli Sawi, Lobak, Ubi Kentang Dan Tomato, Kalau Makan Di Luar Suka Pasta Dan Nasi Lemak

[Copy link]
Post time 28-7-2023 03:17 PM | Show all posts |Read mode
PUTRAJAYA – Berdasarkan Laporan Survei Perbelanjaan Isi Rumah Malaysia 2022, sawi, lobak, ubi kentang dan tomato adalah empat sayur utama yang paling popular dibeli rakyat Malaysia.


Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Mohd. Uzir Mahidin berkata, empat jenis sayur itu mendapat peratusan isi rumah berbelanja tertinggi daripada keseluruhan 166 item sayur yang disenaraikan.


Beliau berkata, berdasarkan kajian, 57.6 peratus isi rumah memilih sawi diikuti lobak (54.4 peratus), ubi kentang (54.3 peratus) dan tomato (51.2 peratus).


Foto: Brittanica




“Selepas ini, jika agensi kerajaan nak tanam apa-apa, kena tengok dapatan ini,” katanya pada sidang akhbar pada majlis pelancaran Laporan Survei Pendapatan Isi Rumah Malaysia, 2022 di sini hari ini.


Dalam pada itu, katanya, kerajaan juga mesti menjaga bekalan ayam dan itik kerana lebih 80 peratus rakyat Malaysia makan ayam berdasarkan dapatan sama.


Sementara itu, Mohd. Uzir berkata, bagi kumpulan ikan segar pula, rakyat Malaysia lebih gemar makan ikan kembung dengan 53.4 peratus diikuti selayang (27.6 peratus), siakap (27.4 peratus dan cencaru (25.4 peratus).


“Dapatan itu diperolehi daripada keseluruhan 115 item ikan segar yang dijual dipasaran,” katanya.


Selain itu, katanya, rakyat Malaysia juga lebih menggemari pasta dan mee sebagai makanan utama yang dipilih jika makan di luar rumah iaitu 91.2 peratus.


“Makanan lain yang dinikmati di luar rumah ialah teh dengan 85.5 peratus diikuti nasi ayam (83.1 peratus) dan nasi lemak (80.5 peratus),” katanya. –CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2023 03:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebab semua dapatan tu sayur atau ikan tu jenis2 yang murah. Ko ingat orang tanak ke makan kailan, brokoli, ikan jenahak ikan merah semua tu. Kalau harga murah haruslah ramai jg beli
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2023 04:04 PM | Show all posts
carrot, kentang, tomato, timun, iceberg lettuce/baby romaine, celery, bokchoy - ni je yg biasa aku beli
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2023 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Ramai beli sawi rasanya sbb selain dijadikan lauk utk mkn dgn nasi, sesuai juga masuk dlm mee/bihun goreng.  Drpd lauk sawi, sedap lagi bayam. Manis tapi tak sesuai masak dgn mee/bihun. Lobak merah, kentang, tomato ni jenis sayur yg mudah dimasak. Sekadar panggang ayam/ikan, masukkan sayur² tu panggang sekali dgn ayam/ikan pun boleh. Buat sup pun boleh. Masuk dlm lauk berkuah mcm kari/lemak pun boleh. Saya lebih suka beli petola, terung, sawi kerinting, pak choy, cendawan.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2023 04:23 PM | Show all posts
Tapi aku suka brussel sprout. Tiber...

Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2023 04:28 PM From the mobile phone | Show all posts
bila 'generasi TRX'...dh tak kenal ulam ulaman....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-7-2023 04:33 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 28-7-2023 08:23 AM
Tapi aku suka brussel sprout. Tiber...

Pahittlah, aku tak suka, tp beli jugak sbb tok laki suka gak, aku bagi nama melayu cabbage kecik lol
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2023 04:38 PM | Show all posts
Orenn1 replied at 28-7-2023 04:33 PM
Pahittlah, aku tak suka, tp beli jugak sbb tok laki suka gak, aku bagi nama melayu cabbage kecik l ...

Betul, pahit. Sebab tu aku suka

Minum kopi pun tanpa gula

Orang kata beer pun pahit kan?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2023 04:43 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 28-7-2023 08:38 AM
Betul, pahit. Sebab tu aku suka

Minum kopi pun tanpa gula

Tapi black coffee aku ok jah, mmg minum black coffee pun takde gula, cuma si cabbage kecik ni tak suka. Beer pun ada rasa pahit tak sedap, pun aku tak suka dah tak minum pun beer padahal dulu zmn clubbing kat msia itulah yg aku togokk jugak lol
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2023 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 28-7-2023 04:23 PM
Tapi aku suka brussel sprout. Tiber...

Suka juga. Dekat tempat I selalu yang jual tu Aeon je. Pahit sikit je, tapi crunchy.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2023 04:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Sayur yang disenaraikan tu pelbagai guna. Sawi masuk dalam goreng goreng, sebagai side dish kepada nasi. Lobak dan kentang masuk dalam sup, korma, jadi inti karipap dan samosa. Tapi I suka kailan banding sawi panjang tu. Rangup.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2023 04:48 PM | Show all posts
isseliparjepun replied at 28-7-2023 04:43 PM
Suka juga. Dekat tempat I selalu yang jual tu Aeon je. Pahit sikit je, tapi crunchy.

best pulak ada geng

biasa aku sorang ja yang kata sedap. sedey tau

Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2023 10:30 PM | Show all posts
meols suka bawang. membawang pon lagi lah suka. tiberrr
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-10-2024 04:33 PM GMT+8 , Processed in 0.091235 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list