CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penghantar Barang Maut Dilanggar Tiga Motosikal

28-7-2023 11:52 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2804| Komen: 6

Seorang penunggang maut dilanggar tiga buah motosikal selepas motosikal ditunggangnya hilang kawalan di Kilometer 191.5 Lebuh Raya Pantai Timur 1 di Kuantan malam tadi.


Mangsa maut di lokasi kejadian selepas motosikalnya terbabas dan dilanggar tiga lagi motosikal di Kilometer 191.5 Lebuh Raya Pantai Timur 1 di Kuantan malam tadi.


Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd. Zahari Wan Busu berkata, kejadian kira-kira pukul 11 malam itu berlaku ketika mangsa, Muhammad Zul Harif Aizil Mohd Zulazreen, 21, yang juga penghantar barang dalam perjalanan dari arah Maran menghala ke Kuantan.

“Apabila tiba di tempat kejadian mangsa yang sedang bergerak lurus dengan menunggang motosikal jenis Yamaha Y16ZR hilang kawalan dan terbabas lalu dilanggar tiga buah motosikal yang datang dari arah belakang.

“Akibat kejadian mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala tiga lagi penunggang motosikal mengalami kecederaan,” katanya di sini hari ini.



KEADAAN motosikal ditunggang mangsa yang maut dalam kejadian kemalangan di Kilometer 191.5 Lebuh Raya Pantai Timur 1 di Kuantan malam tadi.

Menurutnya mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk bedah siasat manakala mangsa yang cedera dihantar ke hospital sama.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan giat dilakukan.

Katanya, berdasarkan siasatan awal mendapati lokasi kejadian adalah jalan lurus dan semasa kejadian permukaan jalan kering dan cuaca baik. 


Sumber: KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gigahertz 28-7-2023 06:49 PM
laju la tu . mata tengok GPS . jalan pulak gelap.
Quote mek_jah 29-7-2023 11:06 AM
jalan gelap ke tak gelap ke, toksah la laju sbb kita tak tahu apa ada kat depan tu, sempat ngelak ke tak..
Quote chiyoasuka 30-7-2023 02:42 AM
salam takziah

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-10-2024 04:27 PM GMT+8 , Processed in 0.149086 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top