CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Leher Dikelar Penagih Dadah Di Kelantan- Lelaki Cedera Parah, Terpaksa Ditidurkan

28-7-2023 11:49 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2579| Komen: 2

PASIR MAS – Leher dikelar seorang penagih dadah, seorang lelaki parah dan kini ditidurkan di wad unit rawatan rapi (ICU).

Dalam kejadian di Rantau Panjang itu, mangsa berusia 32 tahun mengalami pendarahan teruk akibat dikelar dengan sebilah pisau pada bahagian depan lehernya yang terkena saluran pernafasan.


Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamad berkata, polis menerima laporan daripada ibu mangsa yang berusia dalam lingkungan 50-an berhubung kejadian itu kira-kira pukul 6.27 petang kelmarin.

Foto: Kosmo

Menurutnya, wanita yang bekerja sebagai pembantu kedai makan itu memaklumkan bahawa anaknya datang ke tempat kerjanya dengan menunggang sebuah motosikal dalam keadaan berlumuran darah.

“Ibu mangsa mendapati terdapat kesan kelar pada bahagian leher lelaki tersebut. Mangsa dibawa ke Klinik Kesihatan Rantau Panjang di sini sebelum dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu selepas mengalami pendarahan teruk.


“Luka akibat kesan kelar itu terkena pada saluran pernafasan mangsa dan dia kini ditidurkan di wad ICU HRPZ II,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kama Azural memberitahu, polis kemudiannya mengenal pasti suspek sebelum lelaki itu ditahan di Kampung Banggol Kulim, Rantau Panjang di sini kira-kira pukul 9 malam pada hari yang sama.

Menurutnya, ujian saringan air kencing mendapati, suspek positif dadah jenis methamphetamine selain mempunyai rekod jenayah lampau berkait kes dadah dan jenayah.

Katanya, lelaki itu ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Belibis 15-9-2024 02:13 PM
Berapa punya siyal daaa..semua thread kena rogol dengan jerman mabuk todi.

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 12:48 AM GMT+8 , Processed in 0.211636 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top