CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis Tahan Budak 11 Tahun Ikut Cabaran Buat 'Prank Call' Dakwa Kawan Diculik

28-7-2023 11:41 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3003| Komen: 6

Polis menahan kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun kerana didakwa membuat laporan palsu kononnya kawan baiknya diculik seorang lelaki bersenjatakan pistol.

Pegawai polis di Volusia County yang meliputi Daytona Beach, Syerif Mike Chitwood berkata, kanak-kanak itu memberitahu pihak berkuasa bahawa dia membuat panggilan terbabit sebagai mengikut trend media sosial di mana orang ramai membuat laporan jenayah yang palsu kepada pihak penguat kuasa undang-undang.



CNN

"Kanak-kanak itu memberitahu kami bahawa dia melakukan cabaran YouTube yang dianggapnya akan sangat lucu, mengenai cara untuk 'prank' 911 (talian kecemasan)," katanya dalam satu wawancara, semalam.

Dalam kejadian Rabu lalu, beliau berkata, kanak-kanak itu menghantar teks pesanan ke talian 911 menggunakan nama palsu, serta mendakwa dia sedang berada di dalam sebuah kenderaan yang mengejar sebuah van putih di mana rakannya berusia 14 tahun diculik seorang lelaki bersenjata.


Susulan itu, pihak berkuasa dari seluruh daerah terbabit mengambil tindakan segera, termasuk menggerakkan sebuah helikopter untuk bantuan sokongan dari udara.

Anggota penguatkuasa undang-undang kemudian menjejaki panggilan kepada 911 itu dibuat dari sebuah rumah di Port Orange yang terletak kira-kira lapan kilometer selatan Daytona Beach, sebelum kanak-kanak perempuan berkenaan ditahan.

Kanak-kanak itu berdepan pertuduhan jenayah kerana membuat laporan polis palsu mengenai penggunaan senjata api secara ganas, dan pertuduhan salah laku kerana menyalahgunakan perkhidmatan 911.



Bagaimanapun setakat ini, tidak dapat dipastikan sama ada kanak-kanak itu diwakili peguam.

Chitwood berkata, keluarga kanak-kanak terbabit juga berkemungkinan akan dikenakan denda atas kos terpaksa ditanggung akibat tindak balas yang diambil pihak penguat kuasa undang-undang susulan laporan polis palsu itu. 


Sumber: BH Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mek_jah 29-7-2023 11:07 AM
mek dulu pun pernah p public fon kol 999..masa balik sekolah agama pulak tu
Quote Tinot7 29-7-2023 11:25 AM
Pengaruh medsos.. camni la jadinya..
Quote chiyoasuka 30-7-2023 02:45 AM
kan dah mendapat.

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 12:44 AM GMT+8 , Processed in 0.035114 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top