CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Ayam RM7.79 Sekilo Dah Ni, Tang Mana Barang Naik?"-Fahmi Fadzil

28-7-2023 11:16 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10862| Komen: 200

PETALING JAYA – Fahmi Fadzil menegaskan bahawa berlaku penurunan harga bagi beberapa barangan keperluan termasuk ayam.

Malah, menerusi perkongsian  Menteri Komunikasi dan Digital itu di laman Facebooknya, Fahmi menyoalkan tentang dakwaan sesetengah pihak bahawa harga barang naik.


Foto: Berita Harian

“Ayam RM7.79 sekilo dah ni, tang mana barang naik?,”soalnya.

Pada hantaran sama, Fahmi turut berkongsi harga ayam yang dimuat naik di laman Facebook Mydin Malaysia semalam.

“Kini harga Ayam Standard hanya RM7.79 sekilo!. Sah di cawangan Mydin di Semenanjung je,”tulis Mydin Malaysia.

Foto: FB


Susulan perkongsian itu, ramai pengguna memuji usaha yang telah dilakukan kerajaan untuk menurunkan harga barangan dan mereka mahu trend penurunan harga tersebut terus berkekalan.

“Alhamdulillah. Terbaik Kerajaan Madani di bawah pimpinan DS Anwar Ibrahim, perlahan-lahan ubah ekonomi,” kata Firahh Zeti.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Nurul Mazlan.

“Alhamdulillah, moga semakin banyak harga barang berjaya dikawal, harap menteri-menteri pun sentiasa kongsi berita-berita yang positif dari yang negatif,” ujarnya. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 28-7-2023 11:26 AM
Aku beli ayam kat AEON kelmarin still rm10++ sekilo..
Quote ResellerMaxis 28-7-2023 11:36 AM
Kau tengok harga ayam je ke bang.

Sayur yang mahal sekarang. Begitu juga barang mcm susu formula, lampin pakai buang dan segala mcm sabun (basuh baju, mandian, syampoo)
Quote tintin22 28-7-2023 11:37 AM
DIAM la
Quote ResellerMaxis 28-7-2023 11:38 AM
Perawankota replied at 28-7-2023 11:26 AM
Aku beli ayam kat AEON kelmarin still rm10++ sekilo..

Iol ayam biasa beli drumstick je. Xde sape makan ayam bahagian isi kat rumah iol.

Dulu 12.00-13.00 je. Sekarang payah betul nak dapat bawah 19.00.
Quote bulalof 28-7-2023 11:40 AM
tak pernah pergi pasar & kedai beli barang2 dapur, memang ko tatau la apa2 pon.
Quote Atata 28-7-2023 11:41 AM
Jadi kat sabah sarawak bukan malaysia kah gila. Kat sabah sarawak tak perlu ayam murah kah.. ayam seekor kat sini berat 2.5kg sekitar 26 ringgit. Aku xtau la macamana orang anak ramai2 nak survive
Quote tripleid 28-7-2023 11:50 AM
Edited by tripleid at 28-7-2023 01:10 PM

Rindu zaman #KerajaanGagal

Jangankan harga telor melambung tinggi, telor sampai takde berbulan-bulan. 70 menteri kabinet entah buat apa makan gaji buta


IMG_20230728_130852.jpg

Quote syamzana 28-7-2023 11:58 AM
di pagi jumaat barakah ni malas nak keji org otak letak kat lutut...ye la tu brg byk turun
Quote VespaSilbe 28-7-2023 11:58 AM
Dia makan ayam kunyit semata ke ha hari2
Muka je herlok tapi bodow piang
Quote cmf_PariS 28-7-2023 12:01 PM
lg nk dekat pru mmg meminta ke artis tk guna ni?
Quote supernaturalee 28-7-2023 12:03 PM
jgn2 dh kowtim dgn tokey

anyway tu mydin sisturrr
pasar2 lain idts harga mcm tu
masih dkt 10/kg kan

Quote dekmieDandy 28-7-2023 12:03 PM
kat pasar semalam nampak 8.80

besar pulak tu ayam dia
Quote ninja boy 28-7-2023 12:05 PM
ituhari nampak ayam kat atas bumbung beratap dan kawasan penginapan bangla, bangla diam2 ayam bela taw
Quote Thunderclouds 28-7-2023 12:07 PM
Td beli ayam sekoq rm15.
Sekilo rm9.
Quote kaseh80 28-7-2023 12:08 PM
Lagi byk cakap
Bertambah bodoh pulak monteri ni
Quote Azharitubunga 28-7-2023 12:09 PM
Pahmi gerek mangku jawatan arwah ka?



Quote Perawankota 28-7-2023 12:10 PM
ResellerMaxis replied at 28-7-2023 11:38 AM
Iol ayam biasa beli drumstick je. Xde sape makan ayam bahagian isi kat rumah iol.

Dulu 12.00-13.0 ...

Iols lagi suka mkn ikan.. tapi selang seli dgn ayam jugak.. tu lah mana nk dpt drumstick murah2 skang ni oii..

Kadang2 menteri2 ni dorg tak pi check semua tempat ke? Check satu tmpt terus cakap harga masih murahlah, apalah..
Quote Siput_Sawah 28-7-2023 12:11 PM
kat Maydin hmmm awat le benak sgt munturi ni??? Cuba rajin turun pasar tani/pasar malam/pasar basah kebanyakan harga ayam rm9++++++++.
Quote miss_white 28-7-2023 12:13 PM
Diam lah gila
Aku beli ayam sekor rm24

Lihat semua komen(200)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 12:42 AM GMT+8 , Processed in 0.082274 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top