Seorang bapa sanggup merogol anak kandungnya kerana tidak dapat melakukan hubungan seksual bersama isteri yang baru bersalin dan sedang berpantang. Tribun News melaporkan, kejadian yang berlaku di Jawa Barat, Indonesia itu menyaksikan seorang remaja 13 tahun terpaksa melayan nafsu bapanya.
"Isteri saya baru bersalin, keinginan saya tidak disalurkan sehingga anak menjadi mangsa kemudian kerana ketagihan, saya terus melakukannya sehingga 10 kali. "Kali pertama melakukan persetubuhan dengan anak kandung dalam keadaan mabuk, tindakan seterusnya ialah dengan memaksa dan mengugutnya." Ketua Polis Daerah Subang, Ariek Indra Sentanu berkata suspek melakukan perkara terkutuk itu di rumah sewa mereka pada siang hari. Suspek mengaku melakukan hubungan seks dengan anak kandungnya sendiri sebanyak 10 kali, di rumah sewanya sendiri.
Susulan itu, suspek berusia 35 tahun berkenaan ditahan pada 12 Jun lalu setelah menerima laporan daripada pihak keluarga. Suspek kini berada di sel tahanan Ibu Pejabat Polis Subang, Jawa Barat. Jika disabitkan kesalahan dia boleh dihukum penjara 5 hingga 15 tahun dan denda sebanyak RM 1,509 (5 juta Rupiah). -CARI
|
ADVERTISEMENT