CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dua Pelajar Bawah Umur Sanggup Buat Seks Dengan Guru Demi Dapat Gred Cantik

28-7-2023 10:46 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2554| Komen: 1

Seorang guru mengaku buat seks dengan dua orang pelajar perempuan sekolahnya sebagai ‘pertukaran’ untuk mendapatkan gred yang lebih tinggi dalam pelajaran.

Namun dia menafikan dakwaan yang mengatakan dirinya memeras ugut pelajarnya untuk melakukan perbuatan terkutuk itu bersamanya.


Thaiger melaporkan, pada awalnya, seorang pelajar berusia 14 tahun didakwa mendapat gred yang rendah sehinggakan tidak mampu untuk melangkah ke peringkat yang lebih tinggi di sekolahnya.

Melihat kepada situasi ini, guru yang dikenali sebagai Thanapon didakwa memancing pelajar tersebut ke rumahnya untuk membincangkan isu itu sebelum melakukan perbuatan terkutuk tersebut.

Gambar Hiasan

Walau bagaimanapun, perbuatan itu mula terbongkar apabila pelajar tersebut mendapati terdapat seorang lagi pelajar yang bertemu dengan Thanapon.

Demi untuk memenangi hati Thanapon, kedua pelajar tersebut difahamkan bergaduh sesama sendiri di sekolah sebelum diselesaikan oleh pihak sekolah.


Hasil siasatan dibuat pihak sekolah mendapati bahawa kedua mereka mempunyai hubungan sulit dengan Thanapon.

Timbalan pengarah sekolah yang dikenali sebagai Anake berkata, pihak sekolah kemudiannya menubuhkan jawatankuasa untuk menyiasat isu ini namun, Thanapon sempat melarikan diri dan meninggalkan sekolah berkenaan.

Difahamkan kini Thanapon sudah pun berpindah dah mula mengajar semula di sebuah sekolah yang terletak di wilayah Prachin Buri.

Dalam pada itu, Anake menegaskan bahawa pihak sekolah mereka sama sekali tidak terlibat dengan isu tersebut dan menggesa pihak yang berkenaan untuk memfailkan aduan rasmi terhadap perbuatan tidak bermoral Thanapon itu. -CARI

Sumber: Thaiger

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 01:30 AM GMT+8 , Processed in 0.073856 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top