Warga emas yang juga guru mengaji mencabul remaja perempuan yang juga anak jirannya sejak empat tahun lalu. Memetik detikjating, suspek dikenali sebagai AR, 69, mula melakukan perbuatan terkutuk itu sejak mangsa berusia 13 tahun dan perkara tersebut dirahsiakan kerana remaja berkenaan takut untuk bercerita kepada sesiapa.
Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Wonosobo, Kuseni berkata, kejadian itu bermula sejak 2019, berlarutan selama empat tahun dan terbongkar selepas mangsa menceritakan perkara tersebut kepada orang tuanya. "Mereka terus melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa," katanya dalam satu sidang media bersama wartawan pada Rabu. Tambah Kuseni lagi, suspek yang tinggal berhampiran rumah mangsa sering mengawasi kawasan tersebut. "Sekiranya dia mendapati, hanya mangsa yang tinggal di rumah, suspek akan datang dan mengambil kesempatan mencabul mangsa," jelasnya.
Suspek kini bakal didakwa dan bakal berdepan penjara maksimum 15 tahun. Sumber: Majoriti
|
ADVERTISEMENT