CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pegawai Bank Ditetak, Lelaki 'Tak Betul' Nak Keluarkan RM132 Juta, Padahal Dalam Akaun Bank Ada RM4.51 Je

28-7-2023 10:04 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2153| Komen: 6

BANGKOK – Seorang lelaki yang dipercayai kurang siuman menyerang pengurus sebuah bank menggunakan pisau selepas gara-gara permintaannya untuk mengeluarkan wang tunai 1 bilion baht (RM132 juta) ditolak.


Thaiger melaporkan, Lelaki dikenali sebagai Surasak, 64, itu pergi ke Bank Pertanian dan Koperasi Pertanian (BAAC) di Loei, rantau Isaan.

Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) insiden itu menunjukkan Surasak masuk ke dalam pejabat pengurus bank sebelum menyerangnya.

Foto: ThaiRath

Akhbar ThaiRath melaporkan, Surasak meminta untuk mengeluarkan wang sebanyak 1 bilion baht (RM132 juta) sambil menyerahkan sebuah buku nota kepada pengurus bank yang dianggapnya sebagai buku akaun.

Menurut lelaki itu, seseorang telah memindahkan wang kepadanya.

Pengurus bank kemudian memeriksa akaun peribadi Surasak dan mendapati hanya terdapat wang sebanyak 34 baht (RM4.51) dalam akaun simpanannya.


Surasak enggan percaya bahawa tiada wang dipindahkan kepada akaun bank miliknya, lantas dia menjerit ke arah mangsa sebelum dihalau oleh pengawal keselamatan.

Rakaman CCTV kemudian memaparkan suspek kembali ke dalam bank secara senyap sambil membawa sebilah pisau, lalu cuba menetak kepala pengurus bank.

Mangsa menahan serangan itu menggunakan tangannya, menyebabkan dia cedera.

Seorang pemilik sebuah perniagaan di hadapan bank itu mendedahkan bahawa Surasak mempunyai masalah kesihatan  mental. – CARI

Sumber: Kosmo

 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 28-7-2023 12:23 PM
Makanya jangan salahkan bank kalau tak nak layan orang yang berpakaian koyak rabak.
Quote BumpIQ 28-7-2023 01:20 PM
Macam perangai mek yah

Harap tak di tetaknya polis sebab tolak laporan mek yah tu

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 01:31 PM GMT+8 , Processed in 0.061633 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top