CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Baru Sehari Beli Lepas 7 Jam Beratur, Wanita Kecewa Rhinestones Tumbler Lisa Blackpink Dah Tercabut

28-7-2023 09:46 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4203| Komen: 31

Seorang pengguna TikTok yang sebelum ini tular sebab sanggup beratur 7 jam dari jam 1.40 pagi depan Starbucks untuk membeli tumbler idaman Lisa BLACKPINK, kali ini meraih perhatian lagi.


Menerusi hantaran dikongsikan oleh pengguna TikTok dikenali @maksu.__, dia meluahkan rasa sedih dan terkilan apabila ‘Rhinestones’ yang terdapat pada tumbler bernilai RM478 sudah tercabut satu.



“Baru sehari (beli) korang, macam mana boleh hilang? Aku nak bagitahu, video kali ini agak mengecewakan untuk semua orang,”katanya.

Tambahnya, sebaik sahaja membeli tumbler ‘kayangan’ berkenaan dia tidak membawa ia pergi ke mana-mana kecuali membawa keluar dan masuk semula ke dalam kotak terbabit berkali-kali.


Katanya lagi, tumbler tersebut juga tidak pernah lagi ‘tercemar’ dengan sebarang cecair dan hanya dipegang seramai tiga orang yang dipercayainya sahaja.



“Untuk pengetahuan semua, botol (tumbler) ini tak kena air dan bukan di tangan orang yang ramai. Tangan aku, Nina dan Pikah. Itu sahaja ya. Korang tengok (katanya sambil menunjukkan keadaan tumbler, hilang satu manik). Saya tiada idea, korang ini. Yang ini pun, sebelah ini dah mulai longgar, aku risau,”luahnya.

Dia turut berseloroh dan mendakwa Lisa BLACKPINK tidak menghasilkan tumbler berkenaan secara teliti sehingga menyebabkan salah satu butir ‘Rhinestones’  boleh tercabut hilang.

“Ini nak buat macam mana ni? Aku nak salahkan siapa ni? Lisa, hang buat tumbler tak gam elok-elok nohh. Aku harap tiada bahagian lain yang akan terlonggar-longgar ke apa kan,”ujarnya.

Untuk pengetahuan, penjualan barang-barangan BLACKPINK hasil kolaborasi bersama itu sudah mendapat perhatian ramai sebelum ia mula dijual secara umum, dengan menawarkan 10 barangan ekslusif yang berbeza.

Antaranya adalah cawan sejuk, tumbler, cawan seramik, beg tote, kunci cincin, bekas passport dengan gabungan warna merah jambu dan hitam, sinonim dengan warna rasmi Blackpink.

Setiap pelanggan boleh mendapatkan barang-barangan tersebut dengan harga serendah RM108 di semua cawangan kedai kopi popular tersebut. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote plywood 28-7-2023 09:48 AM
hahah

tak boleh bayanglah kecewanya peminat kpop ni..
Quote Tinot7 28-7-2023 09:49 AM
Iols nak bersimpati pun takleh..

Harap pasrah je la dekkk..
Quote cm_vungtau 28-7-2023 09:50 AM
Padan muka
Quote Denco 28-7-2023 09:58 AM
hadap sgt kannn
Quote pokokmeranti 28-7-2023 10:07 AM
dah bawa keluar dari kedai maka itu tanggungjawab kamu....nasiblah.
Quote sukacactus 28-7-2023 10:08 AM
Dah dapat tu elok simpan dlm lemari je lah
Quote doubleA 28-7-2023 10:29 AM
Muka lawa bila buka mulut auto bingit
Quote Sazreena 28-7-2023 10:45 AM
Hang tag je la Lisa & stabak sekali...kot la ada respundek..
Quote uda 28-7-2023 11:07 AM
kalau barangan swarovski boeh hantar balik dan dapat yang baru.
Quote Decaffeinated 28-7-2023 12:19 PM
What do you expect dek.

... and this is not a question.
Quote noor2 28-7-2023 12:20 PM
B.o.d.o..........padan muka
Quote OshinDaSolja 28-7-2023 12:28 PM
padan muka...bkan boleh tegur apa totok2 kpop ni... sikit2 nk mrah kita balik... orang nasihat semua takmaw dengar... meluat iollz
Quote grouper 28-7-2023 12:33 PM
Peminat kpop mmg iq rendah
Quote ggxoxo 28-7-2023 12:35 PM
Sheols mampu kan [em:14:]
Quote myakayina 28-7-2023 12:55 PM
beli jelah rhinestones kaler sama kt shopee tu dik..tampal je blk pakai gam gajah..
Quote teen_angelJB 28-7-2023 01:11 PM

Like i care kekdahnye
Quote BumpIQ 28-7-2023 01:16 PM
Mek yah tengah bertungkus lumus jual habbatus sauda untuk beli ni wakakakaka

Jangan rate bawah 5 bintang tau nanti kena ban sambil la haulawala quwata illa billah

@_blackbird
Quote ShyDoll 28-7-2023 01:30 PM
huh beratur panjang betul hari selasa lps. Ingatkan ada apa..rupanya penangan black pink.
Quote miu84 28-7-2023 01:41 PM
Bodo. Da beli collector's item, display ah terus lam almari. Kalau nak guna, kene set lam pale otak bendenye takkan dalam keadaan pristine utk masa yg lame. Ala tapi ni konfem beli sbb FOMO jahhh. Ngan hadap buat content.

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 01:52 PM GMT+8 , Processed in 0.079047 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top