CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kepala Terputus Daripada Badan, Tukang Cuci Restoran Maut Jatuh Tingkat 29 Bangunan Di Bandar Utama

28-7-2023 09:39 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7370| Komen: 81

PETALING JAYA – Ngeri! Seorang pekerja tukang cuci ditemui maut selepas terjatuh dari tingkat 29 bangunan perniagaan di Bandar Utama di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 3 petang.


Katanya, mayat lelaki warga asing berusia 43 tahun itu ditemui orang awam yang berada di lokasi.


Foto: Kosmo

“Anggota Balai Polis Damansara bertindak ke lokasi untuk pemeriksaan sejurus menerima panggilan mengenai kejadian.

“Pemeriksaan mendapati terdapat satu mayat lelaki terbaring di bahagian tepi bangunan dalam keadaan kepala terputus daripada badan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Tambah Mohamad Fakhrudin, siasatan awal mendapati lelaki tersebut bekerja sebagai tukang cuci di sebuah restoran di tingkat 29 bangunan berkenaan.

“Hasil semakan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV), mangsa kelihatan berada di balkoni pada pukul 2.46 petang sebelum kelibatnya tidak kelihatan lagi dipercayai terjatuh dari balkoni itu.

“Mayat lelaki terbabit dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau meminta individu yang melihat atau berada di lokasi kejadian menyalurkan maklumat dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Sarjan Fatin Afifa Shahpri di talian 013-7353589 atau mana-mana balai polis berhampiran untuk membantu siasatan. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 28-7-2023 09:56 AM
Takziah kpd keluarga..

Cian forensik kena hadap menda2 mcm ni.. iols pun ngeri pikiaq ni..
Quote Triple_8 28-7-2023 10:39 AM
Mesti sebab tauke mengabaikan aspek keselamatan pekerja. Entah-entah sebenarnya itu tukang lap meja saja sebenarnya. Murah+multitasking+low maintenance. Tak apa sebab Melayu malas.
Quote pooh~key 28-7-2023 10:46 AM
Akak ada gambar uncensored sissy. Chuols nak tengok sis? Akak tepek sini yach sissy.
Quote pooh~key 28-7-2023 10:48 AM
Akak nak tepek dah ni sis. Siapa2 yang lembik macam hanjing tu sila tutup mata dek.
Quote Noraniza_Iblis 28-7-2023 11:03 AM
pooh~key replied at 28-7-2023 10:48 AM
Akak nak tepek dah ni sis. Siapa2 yang lembik macam hanjing tu sila tutup mata dek.

mane siss
Quote Kitty_catz 28-7-2023 11:05 AM
pooh~key replied at 28-7-2023 10:48 AM
Akak nak tepek dah ni sis. Siapa2 yang lembik macam hanjing tu sila tutup mata dek.

fuiyooohhh.. moga2 hijab meols terkatuppp, esok nak pi jalan2 cari dim sum kang takut tak termakan dim sum
Quote bottombikini 28-7-2023 11:06 AM
kesiannye lah
Quote lattehazelnut 28-7-2023 11:20 AM
Edited by lattehazelnut at 28-7-2023 11:22 AM

Mcm first avenue
Eh tinggi sgt ke sampai 29 tingkat..
xtau pulak ade restoran atas tu

Sorry2 baru google ade the roof
Time iols kje sane xde lg or i marhaen sgt makan kat aeon n food court je mampu
Quote JunkMail 28-7-2023 11:28 AM
Tukang cuci pejabat ke tukang cuci tingkap ni? Kalo cuci tingkap tu ada logikal la kalau terjatuh pun.. cuci pejabat agak memoskel kan
Quote Anusha 28-7-2023 11:35 AM
pooh~key replied at 28-7-2023 10:48 AM
Akak nak tepek dah ni sis. Siapa2 yang lembik macam hanjing tu sila tutup mata dek.

Sy tak nampk pon sis. Nk tgk
Quote Skuau 28-7-2023 11:40 AM
Triple_8 replied at 28-7-2023 10:39 AM
Mesti sebab tauke mengabaikan aspek keselamatan pekerja. Entah-entah sebenarnya itu tukang lap meja  ...


pekerja camni la kita majikan Msia NAK...'MATI DEMI KAMI KAPITALIS'....warga tempatan...pemalas..
Quote tripleid 28-7-2023 11:41 AM
pooh~key replied at 28-7-2023 10:48 AM
Akak nak tepek dah ni sis. Siapa2 yang lembik macam hanjing tu sila tutup mata dek.

Cepatlaa tepekk siss..nak tgkkk!!
Quote Perawankota 28-7-2023 11:43 AM
lattehazelnut:  Edited by lattehazelnut at 28 ...
a ah ada skybar situ..

Baca berita ni terus teringat kisah tukang cuci tingkap yg jatuh dr tingkat 20 something jugak kat tempat keje lama iols. Kitrg tgh keje tiba2 bunyi berdentum mcm org accident.. Iols mmg x pi tgk, sekali colleague tunjuk gambar..
Quote midori888 28-7-2023 11:45 AM
ngerinyer...
Quote supernaturalee 28-7-2023 11:58 AM
mcmn blh putus?
sangkut kt pagar mcm acik putus kaki jatuh dari suke tu ke

Quote shernazz 28-7-2023 12:08 PM
pooh~key replied at 28-7-2023 10:48 AM
Akak nak tepek dah ni sis. Siapa2 yang lembik macam hanjing tu sila tutup mata dek.

Iols Masih menanti kaka puki
Quote dekmieDandy 28-7-2023 12:10 PM
tak tengok lagi gambarnye, puas cari tak jumpa

ada yang kata terbelah dua ye kepala dia
Quote Decaffeinated 28-7-2023 12:30 PM
bangunan perniagaan tu shopping mall ka, sampai tingkat 29 ada kedai?

Quote pooh~key 28-7-2023 12:42 PM
tripleid replied at 28-7-2023 11:41 AM
Cepatlaa tepekk siss..nak tgkkk!!

IMG_7160.jpeg

c.c :
@Noraniza_Iblis
@Anusha

Lihat semua komen(81)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 01:17 PM GMT+8 , Processed in 0.220924 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top