CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Warga Emas Maut, Kereta Dilanggar Lori Tangki

27-7-2023 11:07 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 735| Komen: 5

Mersing: Seorang warga emas maut apabila kereta dipandunya dilanggar lori tangki di Kilometer 3, Jalan Mersing-Endau, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintenden Abdul Razak Abdullah Sani berkata, mangsa, Esa Markam, 61, maut di tempat kejadian akibat cedera parah pada bahagian kepala dan badan dalam kemalangan itu kira-kira pukul 3 petang itu.


SEORANG warga emas maut dalam kemalangan membabitkan kereta dan lori tangki di Kilometer 3, Jalan Mersing-Endau, Mersing.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila lori tangki dari arah Mersing dipandu seorang lelaki tempatan umur 38 tahun melanggar Proton Waja dipandu mangsa yang keluar simpang di sebelah kiri dan masuk ke laluan lori secara tiba-tiba.

“Akibatnya, mangsa mengalami cedera parah pada bahagian kepala dan badan serta meninggal dunia di lokasi, manakala pemandu lori tidak cedera. 


“Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya ketika dihubungi, di sini.

Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mersing, Pegawai Bomba Kanan II Anuar Hussine berkata, seramai enam anggota dikejarkan ke lokasi kejadian. 

“Pasukan mengangkat mangsa menggunakan pengusung dan menyerahkannya kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.  


Sumber: Utusan


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 27-7-2023 11:08 PM
mere yanna tangki satti kurayya marpudel kilometer kalalla

[youtube]lydAItNW8sM[/youtube]
Quote adawiyah_hakim 28-7-2023 09:29 AM
Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un.. takziah utk keluarga pakcik
Quote chiyoasuka 30-7-2023 02:50 AM
salam takziah

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 01:33 PM GMT+8 , Processed in 0.265144 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top