CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis Buru Lelaki Sebabkan Kematian Isteri, Pukul Guna Objek Tumpul

27-7-2023 11:00 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1516| Komen: 16

Kajang: Polis sedang mengesan seorang lelaki selepas disyaki memukul isterinya dengan objek tumpul sehingga meninggal dunia di sebuah pangsapuri, di Sungai Long, di sini, Sabtu lalu.

Ekoran kejadian itu, mangsa yang lebam di seluruh anggota badan dan tidak sedarkan diri telah dihantar suspek ke sebuah hospital swasta sebelum melarikan diri.


Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan daripada jururawat sebuah hospital swasta di daerah ini berhubung kejadian itu pada pukul 12.15 tengah malam.

Mohamed Imran.

Menurut beliau, pihak hospital menerima seorang wanita tempatan berusia 38 tahun dalam keadaan tidak sedarkan diri dan meninggal dunia.

“Mangsa telah dihantar ke hospital oleh suaminya dan telah menghilangkan diri setelah mendapat tahu isterinya telah meninggal dunia.

“Pemeriksaan awal oleh Pegawai Perubatan hospital tersebut terdapat kesan cedera dan lebam di seluruh badan mangsa. Sehubungan itu, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Serdang untuk tujuan post-mortem,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Zaid berkata, Ahad lalu, hasil bedah siasat mangsa mendapati terdapat kesan kecederaan di keseluruhan badan.

Katanya, pakar Patalogi mengesahkan punca kematian adalah akibat dipukul objek tumpul sehingga mengakibatkan kecederaan dalaman yang serius.

“Motif pembunuhan masih dalam siasatan. “Kes disiasat dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman mati jika disabit kesalahan.

Jelas beliau, pihak polis sedang mencari dan mengesan suspek yang bernama Mohamed Imran Mohamed berusia 32 tahun bagi membantu siasatan.

“Alamat terakhir suspek adalah B-11-11, Apartment Sutera Pines, Jalan Sutera Pines, Sungai Long, Kajang.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes ini boleh menghubungi mana-mana balai polis terdekat atau Pegawai Penyiasat kes, Asisten Superintendan Umesh Ratna Kumar di talian 012-6114900 bagi membantu siasatan,” ujarnya. 


Sumber: Kosmo! Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kepompong 28-7-2023 12:05 AM
local people ke tu… berdasarkan nama & muka , macam tak brp
Quote Carcosa 28-7-2023 12:51 AM
Penjual karpet bayar ansuran ke ni?
Quote FOTHER-MUCKER 28-7-2023 03:35 AM
Orang Pakistan dapat pangkat datuk.
Quote Sesuatu… 28-7-2023 06:42 AM
FOTHER-MUCKER: Orang Pakistan dapat pangkat d ...


Wah! Famous ke dia yg kau tau pasal datuk ni. Bisnes apa
Quote FOTHER-MUCKER 28-7-2023 08:33 AM
Sesuatu… replied at 27-7-2023 02:42 PM
Wah! Famous ke dia yg kau tau pasal datuk ni. Bisnes apa

Di fb ada bagi tau pasal dia ni
Quote batmana 28-7-2023 09:31 AM
Jgn lari balik negara asal sudah
Quote Sesuatu… 28-7-2023 12:26 PM
FOTHER-MUCKER replied at 28-7-2023 08:33 AM
Di fb ada bagi tau pasal dia ni

Oh dia ade Dato Dr. Dasyat
Quote noor2 28-7-2023 12:39 PM
Nama mohamed  .sah warga asing
Quote Suchi 28-7-2023 01:03 PM
Edited by Suchi at 28-7-2023 01:17 PM
kepompong replied at 28-7-2023 12:05 AM
local people ke tu… berdasarkan nama & muka , macam tak brp


Kata kakak arwah keluarga lelaki tu pemastautin tetap.

Baca kat harian metro td pemeli dah 6 tahun tak jumpa suami arwah sejak kawen. Mak dia dtg umah pun kena halau ngn suami tu.Arwah jenis diam dan tak penah cite masalah umahtangga.

Yg buat iols pelik, dia duk kajang je bknnya duk oversea takkan la pemeli tak da rasa pelik ke apa bila si laki tak bg jumpa bagai.
Quote syamzana 28-7-2023 01:11 PM
Suchi replied at 28-7-2023 01:03 PM
Kata kakak arwah keluarga lelaki tu pemastautin tetap.

Baca kat harian metro td pemeli dah 6 tahu ...

family arwah duduk mana?
dasyat nye sampai kene halau family mai, kalau kita mesti syak sesuatu dah.
Quote Suchi 28-7-2023 01:16 PM
Edited by Suchi at 28-7-2023 01:18 PM
syamzana replied at 28-7-2023 01:11 PM
family arwah duduk mana?
dasyat nye sampai kene halau family mai, kalau kita mesti syak sesuatu da ...


Mak dia taktau duk mana, tp kalau tgk fb kakak dia gayanya kakak dia pun duk kajang juga.
Yg dorang tak jumpa tu suami yaa arwah dorang ada jumpa masa raya puasa tu.
Quote kepompong 28-7-2023 02:49 PM
aikk muda sgt tu . senanggg nauuu dapat dato… apa sumbangan dia . dah la foreigner
Quote kepompong 28-7-2023 02:50 PM
wife umur 38. jauh jugak tu beza (senario yg jarang2 berlaku kat org tempatan)
Quote akuMNdia 28-7-2023 04:05 PM
title dato' dr tu ntah2 sendiri letak
Quote chiyoasuka 30-7-2023 02:57 AM
adoi bahayanya… semoga pelaku cpt2 d temukan la

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 01:40 PM GMT+8 , Processed in 0.068009 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top