CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sedia Bas Balik Mengundi Dikira Kesalahan Pilihan Raya

27-7-2023 10:54 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 735| Komen: 6

Petaling Jaya: Penyediaan perkhidmatan bas buat pengundi Pilihan Raya Negeri ke-15 (PRN) merupakan salah satu kesalahan berikutan ia bakal mempengaruhi keputusan mereka yang mengundi.

Sehubungan itu, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berharap rakyat lebih peka serta berhati-hati dengan isu rasuah yang boleh terjadi dalam apa cara sekalipun.


Azam Baki

“Kalau semua orang, ketua calon mahupun ahli parti sediakan bas, dalam bas itu apa jadi pula? Dalam bas pula, kita tidak tahu situasi. Banyak akan mempengaruhi calon,” katanya ketika menjadi tetamu rancangan Tamu Kito di Facebook NEGERIfm Official hari ini.

Azam berharap rakyat bakal memilih pemimpin yang layak serta berintegriti selain PRN nanti dapat berjalan dengan lancar.

“Perbuatan memberi barangan, sumbangan kepada masyarakat (pengundi) adalah salah mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.


“Ia melarang kita (calon bertanding) menggunakan wang, pengaruh dan sebagainya untuk mendapat undi. Calon atau ejen adalah tidak dibenarkan berbuat demikian,” jelasnya.

Katanya, mengundi adalah hak serta tanggungjawab rakyat dan sepatutnya tidak boleh dipengaruhi oleh sesiapa.

“Kalau pengundi dibayar maknanya tidak ada ketelusan dalam mengundi. Sedekah ke ‘ole-ole’ ke memang tidak boleh kerana ia berharga, boleh makan atau boleh digunakan. Apa jadi kalau semua orang kena beli? Kerana duit orang mengundi,” katanya. 


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Belibis 27-7-2023 11:04 PM
Sembang acah terpaling suci..
Quote kakikuDibibirmu 27-7-2023 11:10 PM
Ujung-ujung masuk gaung sinkhole
Quote Skuau 27-7-2023 11:19 PM
mana tau yg naik bas tu balik  mengundi ka,jumpa bini ka,jumpa awek ka,jenguk rentua ka???????Ada BAS FREE...naik jer la...
Quote Skuau 27-7-2023 11:22 PM
kakikuDibibirmu replied at 27-7-2023 11:10 PM
Ujung-ujung masuk gaung sinkhole

"kakak..saiya tada undi la..worang cakap ada bas free saiya naik la kakak..pusing2 tengok sini malezia...ada"-Abangla
Quote sharlenetexas 27-7-2023 11:22 PM
Belibis replied at 27-7-2023 11:04 PM
Sembang acah terpaling suci..

Samalah mcm pakar formula terpaling tu.
Last2 tacoddd.


Quote AbukRokok 28-7-2023 09:17 AM
tuntut duit lepas mengundi ramai ingat kewajipan kpd rakyat mcm brim

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 02:20 PM GMT+8 , Processed in 0.050552 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top