CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pasangan Kekasih Terlepas Tali Gantung, Dipenjara 30 Tahun Bunuh Bayi

27-7-2023 10:48 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2069| Komen: 23

Putrajaya: Sepasang kekasih terlepas hukuman gantung atas kesalahan membunuh bayi perempuan mereka yang baru dilahirkan pada 2017 selepas Mahkamah Rayuan hari ini, buat julung kalinya melaksanakan pindaan Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 yang diluluskan April lalu.


Fikri Hakim Kamaruddin, 27, dan Nurul Filzatun Sahirah Abdul Aziz, 28, sebaliknya dihukum penjara 30 tahun. Mahkamah turut memerintahkan Fikri dikenakan sebatan 12 kali.

Panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Vazeer Alam Mydin Meera berkata ketika Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman ke atas perayu pada 2021, hukuman bagi kesalahan membunuh adalah mati mandatori.


Hakim Vazeer berkata, berikutan pindaan undang-undang itu, hukuman mati mandatori telah dimansuhkan dan mahkamah diberi pilihan atau budi bicara untuk menjatuhkan hukuman mati atau penjara 30 hingga 40 tahun dan minimum 12 sebatan bagi pesalah lelaki.


"Selepas mempertimbangkan mitigasi dan fakta kes, kami menggunakan budi bicara kami untuk menggantikan kepada hukuman penjara selama 30 tahun ke atas kedua-dua perayu (Fikri dan Nurul Filzatun) dari tarikh tangkapan," katanya sambil menambah Fikri juga akan dikenakan 12 sebatan rotan.

Panel itu turut dianggotai dua lagi hakim iaitu Datuk Hadhariah Syed Ismail dan Datuk Wong Kian Kheong. Ia merupakan kes pembunuhan pertama yang didengar oleh Mahkamah Rayuan selepas pindaan undang-undang itu pada April lalu.

Ketika menolak rayuan mereka terhadap sabitan, Hakim Vazeer berkata selepas menimbangkan keterangan, mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan terdapat niat bersama oleh kedua-dua perayu untuk melakukan kesalahan itu.

Beliau juga berkata, tiada percanggahan dalam keterangan yang diberikan oleh jururawat dan doktor dalam perbicaraan itu.

Fikri dan Nurul Filzatun didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi, Johor Bahru pada 31 Okt 2021 kerana membunuh bayi perempuan mereka di sebuah rumah di Taman Bandar Penawar Utama, Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor Bahru antara 10.50 malam pada 12 Dis 2017 dan 10.41 pagi keesokan harinya.

Berdasarkan fakta kes, Nurul Filzatun telah melahirkan bayi itu di sebuah rumah dan telah dibawa ke wad kecemasan Hospital Kota Tinggi selepas mengalami pendarahan selepas bersalin.

Dia memaklumkan kepada seorang jururawat di wad kecemasan bahawa dia telah melahirkan bayi tetapi bayi itu telah diambil oleh teman lelakinya.

Pada 5 Disember 2017, Fikri memberitahu seorang pegawai polis bahawa bayi itu sudah dikebumikan dan dia kemudian membawa pasukan polis ke kawasan hutan di Kampung Panti Kota Tinggi lokasi di mana bayi itu dikebumikan.

Pasukan itu kemudian menggali dan menemukan mayat bayi itu. Hasil bedah siasat mendapati bayi seberat 1.8kg itu masih hidup ketika dilahirkan dan punca kematian disebabkan lemas.

Mayat bayi itu ditemui dengan stokin kecil berwarna hitam dan biru yang disumbat ke dalam mulutnya. Fikri dan Nurul Filzatun ditahan pada 5 Disember 2017.

Terdahulu, kedua-dua peguam perayu, Anita Vijaya Rajah yang mewakili Fikri dan peguam Nurul Filzatun, Shaik Saleem Shaik Mohamed Daud, memohon mahkamah tidak menjatuhkan hukuman mati ke atas anak guam mereka.

Anita Vijaya berkata, anak guamnya telah bercinta dengan Nurul Filzatun sejak 2016 dan mereka menjadi mangsa keadaan. Katanya, pasangan itu mempunyai seorang lagi anak yang diserahkan kepada orang lain.

Timbalan Pendakwa Raya Datuk Mohd Dusuki Mokhtar yang dibantu Timbalan Pendakwa Raya Khairul Aisamuddin Abdul Rahman menggesa mahkamah mengekalkan hukuman mati terhadap kedua-dua perayu.

Beliau berkata sekiranya mahkamah tidak bersetuju, beliau meminta mahkamah menjatuhkan hukuman penjara sekurang-kurangnya 35 tahun ke atas pasangan itu.


Sumber: Bernama

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BumpIQ 27-7-2023 11:17 PM
Mujur bukan mek yah dan pak arab sebab nama lain
Quote kepompong 27-7-2023 11:28 PM
kalau takde pendarahan tu… aman2 je dorang tkde siapa tahu baby dah kena tanam
Quote matjerk 27-7-2023 11:46 PM
So ni anak kedua lah.. dah pnh ada anak sebelum ni... kenapa tak kawen ye
Quote alieyrina 28-7-2023 12:24 AM
Manusia ka setan 2 makluk ni. Mcm bunuh semut gamaknya
Quote Carcosa 28-7-2023 12:57 AM
Sedap menutuh smp keluar anak 2 org, kawin nye tak jugak. Betina jenis murahan low class takde harga diri. Baik mampos je lah kau, sbb hidup pon kau useless. Kena main dgn jantan, kau yg pendarahan. Yg si jantan, semoga kau plk di tutuh dlm jail, selama 30 tahun. Hari2 mau dlm tu.
Quote JunkMail 28-7-2023 01:12 AM
Kalau kau taknak anak pakai kondom la setan. Ni menutuh nak sedap ,bila beranak kau pergi bunuh pulak. Anak pertama tu reti pulak kau kasi kat orang.. eh bingai betol. Dah nak menutuh tanpa kondom tu kau menikah je lah terus kan senang takde lah gelabah testis pergi sumbat stokin kat baby.
Quote zehra2 28-7-2023 01:16 AM
neraka jahanam lah tempat nya. sampai dah ada 2 anak tk menikah. ko sumbat stokin dlm mulut baby dan ko tanwm hidup2 darah daging ko tu.
elok lah kena 12 sebatan.. setiap kali disebat ko teriak lah sebagaimana baby tu menangis nak hidup.
apakejadahnya duit cukai aku nk bg mkn minum ko dlm penjara selama 30 tahun tu?
Quote koko2 28-7-2023 10:09 AM
MUNGKIN sbb anak 1st JANTAN..takde nak terkait nasab dan terpalit cercaan esok2 bila tiba urusan NIKAH..tu yg secure sikit

anak 2nd pompuan..byk terkait NASAB dan paling byk terima cercaan bila tiba masanya nnti..nak senang cut story kuburkan aja buah cinta mereka yg ini..
Quote supernaturalee 28-7-2023 10:13 AM
"Anita Vijaya berkata, anak guamnya telah bercinta dengan Nurul Filzatun sejak 2016 dan mereka menjadi mangsa keadaan. Katanya, pasangan itu mempunyai seorang lagi anak yang diserahkan kepada orang lain"


what do u mean by mangsa keadaan????
dh la ada lg sorg anak out of wedlock
mangsa keadaan much???
Quote Honey_Inara 28-7-2023 10:36 AM
Ya Allah, kejamnya..Sedihnya mengenangkan seksa yang terpaksa baby tu tanggung masa mulut kene sumbat stokin. Bermainlah di taman syurga ye baby .. dunia ni kejam..
Quote ibu_haritz 28-7-2023 11:56 AM
mangsa keadaan kepala banaaaaa
Quote Decaffeinated 28-7-2023 12:10 PM
Boleh eh back date undang2?

ilmu baru.
Quote Decaffeinated 28-7-2023 12:12 PM
zehra2 replied at 28-7-2023 01:16 AM
neraka jahanam lah tempat nya. sampai dah ada 2 anak tk menikah. ko sumbat stokin dlm mulut baby dan ...

kat mana baca kata tanam hidup2?

Quote kkm123 28-7-2023 06:55 PM
kalau takde pendarahan tu… aman2 je dorang tkde siapa tahu baby dah kena tanam
Quote kads 28-7-2023 07:50 PM
Aku haramkan duit cukai yg aku byr utk tanggung makan minum psgn pembunuh ni
Quote missbigrockstar 28-7-2023 07:58 PM
Makan berak cangkung 30 tahun lah setan 2 ekor ni. Semoga tax payers tak halalkan duit diorang. Ke neraka jahanam off you go
Quote makita 28-7-2023 08:03 PM
Edited by makita at 28-7-2023 08:05 PM

Okay sebelum jalankan hukuman penjara..silalah bertunang dulu..lepas 30 tahun keluar penjara boleh lah nikah. Acik MY leh sabar 20 tahun..takat 30 tahun apalah sgt kan.

Kesian muda2 hilang arah. Harap hukuman 30 tahun dlm penjara mampu memanusiakan chuols berdua.
Quote darkness 28-7-2023 09:38 PM
Terang2 mmg ada niat membunuh.siap ada stokin dalam mulut
Quote Jajabeans 28-7-2023 10:27 PM
Kesian ko filzatun. Muda lagi dh kna penjra. Kelua2 dh umo 50 lebih time tu ko dh kesunyian nk trace ank pertama ntah di mana tah2 ank tu pun xnk ngaku ko mak.

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 01:49 PM GMT+8 , Processed in 0.083012 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top