CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Keluarga Saya Tak Ambil Sesen Pun Duit 1MDB' - Zeti Aziz

27-7-2023 07:04 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 838| Komen: 12

Tan Sri Zeti Akhtar Aziz menegaskan dia dan keluarga tidak mengambil walau sesen duit 1MDB. 

Bekas Gabenor Bank Negara (BNM) itu berkata demikian ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib sama ada beliau atau dalam kalangan ahli keluarganya yang menerima faedah daripada penyelewengan dana RM2.28 milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB).


“Tiada sesiapa dalam keluarga saya menerima atau mengambil duit 1MDB. Tidak satu sen pun," jawabnya.


The Star

Selain itu, Zeti mendakwa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah berbohong apabila menyatakan beliau mengetahui mengenai RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi bekas Presiden UMNO itu.

Media sebelum ini melaporkan Polis Singapura pernah memaklumkan kepada BNM berhubung transaksi mencurigakan daripada Jho Low kepada syarikat milik suami dan anak lelaki Zeti ketika wanita itu masih menjadi gabenor bank tersebut.


Sehubungan itu, pihak pembelaan mewakili Najib telah beberapa kali cuba mendapatkan dokumen perbankan yang dikatakan melibatkan transaksi penerimaan wang oleh ahli keluarga Zeti daripada Jho Low.

Dokumen-dokumen tersebut ialah beberapa pernyataan perbankan daripada syarikat-syarikat termasuk Aktis Capital Singapore Pte Ltd, Country Group Securities Public Company Ltd, ACME Time Ltd (BVI), Butamba Investments Ltd, dan Central Holdings Ltd.

Terdahulu, Zeti memberitahu, Najib pernah memanggilnya ke pejabat Perdana Menteri pada 3 Julai 2015.

Pada pertemuan itu, Najib telah meminta Zeti untuk mengeluarkan kenyataan bahawa bekas Ahli Parlimen Pekan itu tidak pernah membuat sebarang kesalahan berkaitan transaksi membabitkan akaunnya.

“Saya maklumkan kepadanya yang saya tidak boleh berbuat demikian. Beliau menerima keputusan saya. Tidak lama selepas pertemuan terbabit, saya menerima panggilan daripada seorang Menteri Kabinet yang meminta saya membuat perkara serupa.

“Saya berikan jawapan yang sama kepadanya (Menteri Kabinet) bahawa saya tidak boleh membuat kenyataan tersebut kerana saya tidak mengetahui apa yang berlaku dalam akaunnya,” kata Zeti dalam pernyataan saksinya di Mahkamah Tinggi di sini.

Bagaimanapun pada 2 Julai 2018, Najib dalam satu temu bual dengan portal berita mendakwa bahawa Zeti mengetahui mengenai kemasukan RM2.6 bilion ke dalam akaun bekas Perdana Menteri itu dan wanita terbabit tidak mempertikaikannya.

“Saya ingin menegaskan bahawa saya tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang transaksi yang berlaku membabitkan akaunnya pada masa tersebut. Semua pemegang akaun di dalam sistem kewangan negara adalah dilindungi oleh peruntukan undang-undang membabitkan kerahsian.

“Tiada siapa boleh mempunyai akses kepada mana-mana akaun kecuali sekiranya institusi kewangan mengesan aktiviti yang meragukan dalam sesuatu akaun dan melaporkannya kepada BNM,” katanya.

Oleh itu, Zeti menyatakan bahawa dakwaan Najib bahawa beliau mengetahui mengenai transaksi tersebut adalah satu pembohongan.

Malah, AmBank juga tidak pernah melaporkan kepada BNM lebih 500 transaksi meragukan berkaitan akaun tersebut.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung 14 Ogos ini.


Sumber: UTUSAN

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lanacondor 27-7-2023 08:59 PM
Tgu hari kiamat nanti la siapa betul siapa salah.
Quote nono86 27-7-2023 09:17 PM
lanacondor: Tgu hari kiamat nanti la siapa ...


Setuju..
Quote Themilo 28-7-2023 07:59 AM
seriously la sheols as a gabenor BNM tak tau RM2.6billion masuk dalam acc personal PM?

Weols yang pernah jadi kerani cabuk bank pun tau amaun2 meragukan yang masuk dalam acc client setiap hari, sebab sistem komputer akan trigger & mark red flag
Quote pokokmeranti 28-7-2023 08:10 AM
Themilo replied at 28-7-2023 07:59 AM
seriously la sheols as a gabenor BNM tak tau RM2.6billion masuk dalam acc personal PM?

Weols yang p ...

berbohong? atau dah tua, makan gaji buta? klu itu jawapan Zeti x hairanlah Malaysia antara negara yg banyak keluar masuk duit haram sbb bank negara tak tahu apa2 pergerakan duit.
Quote otai_g 28-7-2023 08:14 AM
Kita pun x faham mcm mn sistem it bank negara ni. Tp logik la kalo ko gabenor x kan keje ko nak memantau duit keluar masuk kat akun orang. Nmpk sgt x de kerjanya.
Quote Themilo 28-7-2023 08:21 AM
otai_g replied at 28-7-2023 12:14 AM
Kita pun x faham mcm mn sistem it bank negara ni. Tp logik la kalo ko gabenor x kan keje ko nak mema ...

ironinyahh BNM juga la yang memperkenalkan & enforce akta Anti Money Laundering Acts (AMLA)
Quote kucingitam 28-7-2023 08:43 AM
Themilo replied at 28-7-2023 07:59 AM
seriously la sheols as a gabenor BNM tak tau RM2.6billion masuk dalam acc personal PM?

Weols yang p ...

kan dia dah bagitau tu ambank tak lapor pasal transaksi tu pada bank negara. kalau pun lah bnm boleh tgk transaction, pegawai tak lapor ke dia, mana dia nak tau.. bukan dia dok depan monitor hari2. unless every transaction tu ada notification direct terus ke hp dia...hoh.. tak tidur la zeti, every seconds ada noti masuk.
Quote kucingitam 28-7-2023 08:45 AM
otai_g replied at 28-7-2023 08:14 AM
Kita pun x faham mcm mn sistem it bank negara ni. Tp logik la kalo ko gabenor x kan keje ko nak mema ...

tu lah...boss kita kat ofis pun takde 24jam monitor apa kita buat...ni kan pulak nak pantau akaun penduduk malaysia...
Quote white_musk 28-7-2023 08:59 AM
Memang lah tak monitir setakat adik2 trf rm59 kat parents adik2 setiap bulan. Tapi ini amount yang besar dik..
Quote VespaSilbe 28-7-2023 09:00 AM
Ada artikel lain kan.. sheols ada report pasai transaction meragukan pasai 1mdb tapi apandi tak ambik tindakan

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 01:19 PM GMT+8 , Processed in 0.140156 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top