CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bergaduh Sebab Penginapan Di Genting Highlands, Warga Emas Maut Dibelasah Lelaki

27-7-2023 06:47 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1181| Komen: 6

Lelaki berusia 67 tahun ditemui tidak bernyawa di tempat letak kereta sebuah hotel di Genting Highlands, kira-kira 5 petang semalam.

Dipercayai, warga emas itu maut dibelasah seorang lelaki akibat tidak puas hati mengenai bilik penginapan.



Gambar hiasan

Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Zaiham Mohd Kahar mengesahkan pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada 5.39 petang.

"Sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong ke lokasi dan mendapati mangsa terlentang dengan kesan cedera di mulut, mata serta muka.

"Hasil pemeriksaan kamera litar tertutup (CCTV) mendapati berlaku pergaduhan antara mangsa dan seorang lelaki berusia 38 tahun di lobi hotel.

"Kedua-duanya kemudian beredar ke tempat letak kereta dan sekali lagi berlaku pergaduhan antara mereka," katanya dalam kenyataan hari ini.


Susulan kejadian itu, Mohd Zaiham berkata, polis berjaya menahan suspek untuk siasatan lanjut, manakala mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk bedah siasat.

"Siasatan awal mendapati pergaduhan berpunca daripada salah faham dan tidak puas hati berkaitan bilik hotel," katanya.

Katanya, semakan lanjut mendapati suspek mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau dan dia direman tujuh hari bermula hari ini sehingga 3 Ogos depan untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian supaya menyalurkannya dengan menghubungi Pusat Kawalan Daerah (DCC) IPD Bentong di talian 09-2222222 atau mana-mana balai polis berhampiran.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BumpIQ 27-7-2023 07:40 PM
gaduh sebab rate penginapan satu bintang ke tu?

JJangan main2 memang boleh buat gaduh

Mek yah customer rate bawah dari 5 bintang pun boleh kena ban dari shop dia sambil la haula wala quwata illa billah

wakakakaka

@_blackbird
Quote _blackbird 27-7-2023 07:58 PM
BumpIQ replied at 27-7-2023 07:40 PM
gaduh sebab rate penginapan satu bintang ke tu?

JJangan main2 memang boleh buat gaduh

Ahahahaa. Mesti suspek rate hotel tu 1 star, pastu kena humban keluar, suspek ajak return kat parking lot. Serba salah pasni nak bg rating lagi2 kalau beli kat shopee

Quote Purplehaz 27-7-2023 11:46 PM

Bookie ni
Quote tumpanglalu74 28-7-2023 12:28 AM
Jangan2 si gendot penunjal dahi anak dara orang tu naik Genting pulak..  Aku syak dia.

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 01:37 PM GMT+8 , Processed in 0.120297 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top