CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kecoh! Wanita Bogel Atas Lebuh Raya, Acu Pistol Ke Arah Kenderaan Lalu Lalang

27-7-2023 06:10 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 717| Komen: 5

WASHINGTON – Seorang pemandu wanita keluar dari keretanya di Jambatan Teluk San Francisco dalam keadaan bogel dan menembak ke arah polis.

Mail Online melaporkan, wanita tidak dikenali itu kemudian dilihat berjalan di lebuh raya rentas negeri, Interstate 80 tanpa seurat benang  sambil mengacukan sepucuk pistol ke arah kenderaan lalu lalang.


Dia seterusnya didatangi beberapa anggota Peronda Lebuh Raya California yang kemudian menangkapnya tanpa sebarang insiden tidak diingini. Bagaimanapun, kejadian itu menyebabkan Jambatan Teluk San Francisco yang  dilalui hampir 40 juta orang setahun ditutup selama sejam.

Foto: Mail Online

Seorang saksi memberitahu,  wanita itu keluar dari keretanya di tengah lebuh raya dengan membawa pisau dan mula menjerit ke arah pemandu lain.

Selepas memasuki semula kenderaannya, wanita itu memberhentikan keretanya sekali lagi selepas melepasi plaza tol di jambatan tersebut  sebelum keluar daripada  kereta dalam keadaan bogel.


Dia kemudian mula melepaskan tembakan tetapi polis berkata, tiada kecederaan dilaporkan dan tiada kenderaan yang terkena tembakan.

Apabila pasukan Peronda Lebuh Raya California tiba di tempat kejadian, mereka mengarahkan suspek supaya melepaskan pistolnya dan  dia pada mulanya menolak tetapi akhirnya akur dengan arahan polis.

Wanita berkenaan  kemudian dibawa ke sebuah hospital tempatan untuk mendapatkan pemeriksaan mental. Polis masih menyiasat kejadian itu untuk mengenal pasti motif suspek bertindak demikian.-CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 28-7-2023 08:44 AM
ko dah kenapa rokiahhhhhh
Quote chiyoasuka 30-7-2023 03:10 AM
hahahahah dah knpa mcik ni

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 01:31 PM GMT+8 , Processed in 0.059140 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top