CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Orang Kampung Pelik Suami Isteri Miskin Tiba-Tiba Mampu Beli Iphone, Rupa-Rupanya Kantoi Jual Bayi Sendiri

27-7-2023 06:04 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 960| Komen: 7

Semata-mata nak beli iPhone, sepasang suami isteri di India tergamak menjual bayi mereka yang berusia lapan bulan.

Apa yang mengejutkan, pasangan berkenaan yang berasal dari West Bengal, menggunakan telefon pintar tersebut untuk merakam dan menghasilkan video.


Perbuatan pasangan tersebut terbongkar selepas penduduk tempatan mengesan perubahan tingkah laku mereka.

Gambar Hiasan

Mana tidaknya, pasangan yang dikenali sebagai Sathi dan Jaydev sebelum ini hidup dalam serba kekurangan, namun tiba-tiba dilihat mampu menggunakan telefon mahal.

Mereka juga dilihat berjalan-jalan di sekitar kampung untuk merekod video.

Penduduk kampung yang curiga kemudian mendekati pasangan berkenaan dan bertanya mengenai telefon pintar itu serta keberadaan bayi mereka.

Pasangan tersebut akhirnya mengaku menjual bayi mereka.

Penduduk kampung membuat laporan polis, yang membawa kepada penahanan pasangan berkenaan.


Mereka juga mendakwa pasangan itu turut terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

Bayi pasangan itu akhirnya berjaya ditemui, di mana dia dijual kepada seorang wanita di Khardah.

Menurut laporan media tempatan, siasatan masih diteruskan, dengan pihak berkuasa meneliti kes itu dari semua sudut. -CARI

Sumber: mStar/Inquirer

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 28-7-2023 08:44 AM
bagi la dia merasa paki ipong . baby boleh buat algi ye dokkk kihkih
Quote bored_atticus 28-7-2023 09:09 AM
another level..
teringat jokes zaman dulu2 masa mula2 ada henpon
henpon canggih2 tapi tak dpt call out sebab takde credit

mereka ni ada ipong, tapi internet access ada ke tak yaaaa
Quote kkm123 28-7-2023 06:58 PM
one of my friend masa sekolah rendah dulu pun anak angkat, parent kandung jual sebab hidup susah. alhamdulillah nasib dia baik dapat keluarga angkat yang penyayang. tak pernah rasa macam anak angkat
Quote chiyoasuka 30-7-2023 03:11 AM
adeiii kmaruk sgt nak pakai iphone
Quote Radzor 7-9-2024 09:22 PM
miskin beranak banyak kne hencap. miskin jual baby pun kne hencap.

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 01:25 PM GMT+8 , Processed in 0.285265 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top