Datuk Seri Ahmad Maslan selalu menjadi perhatian sebab suka kongsi masakan. Antaranya nasi goreng strawberi yang pernah tular sebelum ini dan pelbagai aneka nasi goreng termasuk roti.
Terbaharu, Ahmad Maslan berkongsi menu yang disediakan oleh isterinya dan dirinya iaitu kulit cempedak dan pucuk ubi masak lemak. Ahmad Maslan berkata, isterinya, Datin Seri Hajah Noraini Sulaiman memasak kulit cempedak yang sudah diperam dengan garam sebelum dimasak tumis. Sementara itu, beliau sendiri menyediakan masak lemak pucuk ubi. “Balik kerja, masak sendiri. Isteri sata, Noraini masak kulit cempedak yang sudah diperam dengan garam, tumis dengan bawang dan lada. Sedap. “Saya, pucuk ubi (ditanam keliling rumah) masak lemak campur santan, telur, bawang dan lada. Enak,”ciapnya di Twitter. Beliau juga sempat mencipta tanda pagar yang dilihat sangat harmonis dan sepadan dengan konsep kerajaan kepimpinan sekarang iaitu Malaysia ‘Madani’, hasil gabungan nama bersama isteri. “Fuhh..masakan Ahmad dan Noraini. Mad & Ani. Masakan #MADANI,”ciapnya lagi. Di ruangan komen ramai warganet memuji sikapnya yang ringan tulang membantu isteri memasak selain tidak segan silu turut-serta beraksi di dapur meskipun penat setelah penat pulang dari pejabat. Malah ramai juga gadis yang mengimpikan untuk bertemu jodoh dengan suami yang mempunyai ciri-ciri sepertinya. -CARI
|
wikedsaikel replied at 27-7-2023 05:26 PM
Dia ni kalau pakcik pakcik biasa lepas tu dia suka tunjuk gambar masak masak macam ni, ramai je yg f ...
ilahaz replied at 27-7-2023 07:13 PM
kulit cempedak tu mmg best.. mkn panas2 dgn nasi putih tak berenti tambah.. letak bwg n cili api mc ...
otai_g: Ari tu nasi goreng free gst sk ...
BumpIQ replied at 27-7-2023 08:07 PM
Amboi mesti ni taste mek yah kebetulan hadi bawang pandai memasak macamni
Tu yang mek yah kempunan ...
wikedsaikel replied at 27-7-2023 05:26 PM
Dia ni kalau pakcik pakcik biasa lepas tu dia suka tunjuk gambar masak masak macam ni, ramai je yg f ...
noor2 replied at 27-7-2023 08:09 PM
X pernah tahu seumur hidup kulit cempedak boleh di masak buat sayur...harga seulas cempedak pun dah ...
alesandra replied at 27-7-2023 07:31 PM
Kulit cempedak tu apa? kulit biji cempedak ke kulit buah cempedak
ADVERTISEMENT