CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Datuk Bandar Moscow Derma Pistol Peribadi Kepada Seorang Lelaki

27-7-2023 04:46 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 302| Komen: 5

Datuk Bandar Moscow Sergei Sobyanin melakukan sesuatu yang mengejutkan apabila mendermakan pistol kepada seorang askar yang akan menyertai peperangan di Ukraine, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) pada Rabu.


Dalam video yang disiarkan di Telegram, Sobyanin menyerahkan pistol itu kepada seorang lelaki berpakaian tentera di sebuah kemudahan merekrut askar di Moscow.


Gambar hiasan

"Ini adalah senjata peribadi saya. Saya sudah tukarkan kepada nama anda. Semoga ia membawa kejayaan kepada anda," kata lelaki berusia 65 tahun itu yang akan bertanding semula untuk pemilihan datuk bandar pada September nanti.

Media Rusia menimbulkan persoalan dari mana Sobyanin memperoleh pistol itu. Pistol jenis MP-443 Grach itu turut dikenali sebagai pistol Yarygin.

Menurut laporan itu, undang-undang Rusia tidak membenarkan menyumbang senjata api kepada tentera untuk mendapatkan keistimewaan merit.


Rusia melancarkan perang di Ukraine selama lebih 17 bulan.

Sobyanin berkata, seramai 10,000 penduduk Moscow secara sukarela komited untuk menyertai pertempuran.

Seramai 20,000 penduduk di Moscow, dikatakan sudah dipanggil untuk berkhidmat.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mek_jah 27-7-2023 09:56 PM
kenapa dia sorang yang dapat..apa speselnya dia
Quote Radzor 7-9-2024 07:29 PM
g.jpg
Quote edayildiz 7-9-2024 07:40 PM
baiknyaa dato bandar ni ek..
ptt derma kt tkg spam ni

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 01:33 PM GMT+8 , Processed in 0.088463 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top