CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Juruteknik Maut Disengat Tebuan Ketika Panjat Pencawang Telekomunikasi

27-7-2023 04:36 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3965| Komen: 60

Seorang juruteknik yang sedang melakukan tugas di sebuah pencawang telekomunikasi, maut disengat tebuan dalam kejadian di Felda Gunung Bongsu, Karangan, Kulim, semalam.


Gambar hiasan


Menurut Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Mohd. Redzuan Salleh, lelaki berusia 30 tahun itu disahkan meninggal dunia di Hospital Kulim kira-kira pukul 12.10 tengah malam tadi.

Katanya, mangsa disengat tebuan semasa membuat kerja baik pulih kerosakan pencawang komunikasi setinggi 30 meter bersama rakan setugasnya.

“Mangsa kemudian telah di bawa ke Klinik Kesihatan Karangan untuk menerima rawatan awal. Bagaimanapun setelah keadaan mangsa semakin lemah, dia dibawa ke Hospital Kulim untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurut Mohd. Redzuan, bedah siasat mendapati punca kematian adalah disebabkan evere anaphylactic shock secondary to hornet sting atau akibat sengatan lebah.


“Tiada unsur jenayah dalam kejadian ini dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut, jenazah mangsa akan dikebumikan di Alor Setar,” ujarnya. 


Sumber: UTUSAN


Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Samerosie 27-7-2023 05:10 PM
severe anaphylactic shock secondary to hornet sting atau akibat sengatan lebah.
Hornets adalah tebuan bukan lebah.  Innalillah.
Quote kepompong 27-7-2023 05:15 PM
Brp ekor yg sengat tu. kesiannya
Quote tikusmontok 27-7-2023 05:59 PM
Innalillah
Quote scorpionkiki 27-7-2023 06:04 PM
Dia ni allergic teruk rasanya. Kesian, moga Allah pelihara sebaik mungkin keluarga yg ditinggalkan.
Quote ekselen 27-7-2023 07:56 PM
Tebuan ni sengatan lagi bahaya dr lebah... Kalo dh byk tu mmg boleh bawa maut... So hati2 lah kalo ternampak sarang tebuan tu...
Quote Zack8hunter 27-7-2023 08:06 PM
aku pun tak sangka aku ada alergi pd sengat tebuan.. pernah sekali kene sengat, habis bengkak2 satu badan..padahal sekor je yg sengat pun.. mujur cepat2 aku pi klinik inject antihistamine..
Quote Firenzza 27-7-2023 08:21 PM
Tebuan tanah kot......tp ada terbaca kt mna ntah, bisa lebah blh digunakan utk rawat penyakit jg
Quote Decaffeinated 27-7-2023 08:44 PM
Sebagai seorang yang pernah disengat tebuan aku turut merasai sakitnya.

Innalillahi.

Takziah untuk keluarga,

Quote Zazama 27-7-2023 09:46 PM
Biasa technician tnb melayu kan? AlFatihah (dibaca..) utk arwah. Mudah2an arwah diampuni dosa2nya. Amin..
Quote bunnyj3lly 27-7-2023 10:40 PM
Edited by bunnyj3lly at 27-7-2023 10:42 PM
Firenzza replied at 27-7-2023 08:21 PM
Tebuan tanah kot......tp ada terbaca kt mna ntah, bisa lebah blh digunakan utk rawat penyakit jg


Memang ada yang guna bisa lebah untuk berubat. Selalu diorang campur dengan madu. Katanya elok untuk sakit-sakit sendi.

Takziah utk keluarga si mati.. harap beroleh pampasan setimpal sbb cedera yang membawa kematian tu masa bekerja
Quote Orenn1 27-7-2023 10:46 PM
Takziah. Kesiannya demi sesuap nasi, hrp syarikat tanggung family dia.
Quote sharlenetexas 27-7-2023 10:46 PM
Kesiannya.


Quote Orenn1 27-7-2023 10:47 PM
Zazama replied at 27-7-2023 01:46 PM
Biasa technician tnb melayu kan? AlFatihah (dibaca..) utk arwah. Mudah2an arwah diampuni dosa2nya. A ...

Oh Tnb ke, tnb ni bukan gaji taklah mahal sgt ke? sampai kena naik atas gitu hrp gaji bukan 2 3k je lah ye. Dulu klu keja tnb ada pencen skrg dah tak ada
Quote Orenn1 27-7-2023 10:49 PM
Zazama replied at 27-7-2023 01:46 PM
Biasa technician tnb melayu kan? AlFatihah (dibaca..) utk arwah. Mudah2an arwah diampuni dosa2nya. A ...

Tnb ni mmg penuh melayu je dgn india jugak. Cina mana nak gaji skit lah tu
Quote Orenn1 27-7-2023 10:50 PM
Maksudnya tnb tak berapa jaga sgt psl keselamatan statf waktu bekerja, kena improve lagi klu kemungkinan2 mcm ni
Quote shy79 27-7-2023 10:51 PM
innalillahiwainna ilaihirojiun..
takziah kpd family mangsa..

apa punya wartawan la tajuk tebuan tetiba isi dalam kena sengatan lebah
Quote matamata 27-7-2023 10:57 PM
Kalau telekomunikasi tu mmg bukan TNB...ni pemancar cellphone la ni...maxis ,celcom, digi mungkin
Quote tungkai 27-7-2023 10:57 PM
Company takde SOP ke kalau berdepan dgn binatang buas/serangga? Harap keluarga claim SOCSO
Quote Tinot7 28-7-2023 08:51 AM
Takziah kpd keluarga..

Lihat semua komen(60)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 01:45 PM GMT+8 , Processed in 0.297980 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top