CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Pernah Makan Berlaukkan Keropok, Ayah Hutang Susu Dengan Apek' - Anak Salahuddin

27-7-2023 03:13 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 849| Komen: 5

Perkongsian anak kepada Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub di Facebook mengenai arwah bapanya mencuri perhatian.

Kata Fatihah, kesusahan pernah dialami menjadi pendorong kuat kepada arwah bapanya bekerja keras sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bagi memastikan rakyat tidak kelaparan.


"Kami juga pernah merasai makan berlaukkan keropok tanpa protein seperti daging dan ayam. Pernah juga mak cerita pada kami ayah terpaksa hutang susu dengan 'apek' kedai masa kami masih kecil. Mungkin itulah antara yang mendorong ayah bekerja keras untuk memastikan rakyat tidak lapar," ujarnya yang merupakan seorang peguam.


FB

Fatihah turut berkongsi luahan bapanya yang mahu dijemput ‘pergi’ ketika sedang bekerja yang akhirnya dimakbulkan ALLAH SWT apabila Salahuddin meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar pada Ahad lalu ketika dalam tugasannya di Kedah.


"Dua bulan lepas, ayah ada ajak makan masa itu dengan Datuk Mohd Azis Jamman. Kebetulan ketika itu, kami berbual kenapa ahli politik sukar untuk pencen. Ayah secara spontan jawab ‘ahli politik tak boleh pencen. Kalau dia pencen, otak dia tak gerak tak tahu nak fikir apa, sebab itu saya selalu berdoa kalau saya pergi, biarlah dalam keadaan saya bekerja begini’. Little did I know that came true this soon and too soon, ayah (tanpa saya ketahui yang doa ayah ini menjadi kenyataan dengan cepat),” katanya.

Fatihah berkata, arwah bapanya seorang yang lembut dan mendekati setiap anaknya seorang demi seorang untuk mengetahui perkembangan pembelajaran dan masalah dihadapi mereka.

Fatihah berkata, keakrabannya mereka terbukti apabila arwah bapanya itu menangis kali pertama di hadapannya pada lima tahun lalu.

"Pernah sekali ayah panggil saya masuk bilik dan ayah menangis sebab ayah ada masalah ketika itu. Itulah kali pertama saya lihat ayah menangis dan itulah kali pertama saya yang menjadi pendengar ayah. Kemudian ada sekali kami berdua menangis kerana saya mengadu masalah kepada dia. Begitulah ayah. Pendengar yang sangat baik dan sentiasa menitip nasihat buat anaknya yang ada ketika begitu keras.

“Ayahlah pelembut hati saya ketika yang lain tidak boleh melembutkan saya. Ayahlah yang banyak mengajar saya bersabar, untuk mengawal kata-kata, untuk lebih memilih diam ketika marah,” katanya.



Fatihah menjelaskan, Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang lalu adalah medan pertama dan terakhir buatnya menjadi pengurus kempen bagi arwah bapanya itu.

"Tiada sudah tempat untuk diri ini mengadu ketika tiada yang mendengar, tiada sudah titipan nasihat daripada ayah, tiada sudah ‘slow-talk’ dan ‘heart to heart’ session (sesi hati ke hati) dengan ayah.

“Berehatlah ayah. Tugasmu sudah selesai. Amanah yang ayah pikul sudah dilunaskan sebaiknya. Ayah terlalu penat lalu meninggalkan kami," jelasnya.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cmf_acura 27-7-2023 03:16 PM
Nak cerita susah.. aku juga pernah makan nasi +kicap jer...
Quote margo20 27-7-2023 04:29 PM
Rasanya tak perlu cerita begini biar peribadi dia kt luar yg org hormat
Quote chiyoasuka 27-7-2023 09:09 PM
Al fatihah utk keluarga arwah…

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 01:25 PM GMT+8 , Processed in 0.040910 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top