CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Waspada, Laluan Pintasan Di Batang Kali Aktif Samun Berparang

27-7-2023 03:11 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1300| Komen: 9

HULU SELANGOR – Polis mengesahkan berlaku beberapa kes samun bersenjatakan parang di Taman Bayan, Batang Kali susualan penularan mesej mengenainya di media sosial.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Ahmad Faizal Tahrim berkata, pihaknya kini sedang sedaya upaya memburu suspek seorang lelaki tempatan yang melakukan aktiviti samun di lokasi itu.



Katanya, setakat ini tiga laporan polis diterimanya membabitkan kejadian samun sejak 15 Oktober 2022 hingga 21 Jun lalu.

“Makluman awal memang berlaku beberapa kes samun bersenjatakan parang dan kita ada menerima laporan berkaitan kes itu.

“Kebanyakan mangsa adalah berusia 37 tahun hingga 71 tahun yang menggunakan laluan tersebut, setakat ini masih belum ada tangkapan,” katanya.

Ahmad Faizal berkata, orang ramai disaran mengelakkan daripada menggunakan laluan alternatif itu untuk sementara waktu bagi tujuan keselamatan memandangkan suspek masih bebas.


“Kita sedang menggandakan usaha serta meningkatkan rondaan untuk mengesan dan menangkap suspek,” katanya.

Semalam, tular mesej pesanan yang mendakwa banyak kes samun di jalan pintas di belakang Taman Bayan di sini, sekali gus menjadikan laluan itu tidak selamat.-CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 28-7-2023 08:40 AM
takuitttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt
Quote Kuin-Kepam 29-7-2023 10:24 AM
Kali Muthu?
Quote kakikuDibibirmu 29-7-2023 10:25 AM
Putu Mayam?
Quote Tinot7 29-7-2023 11:42 AM
kakikuDibibirmu replied at 29-7-2023 10:25 AM
Putu Mayam?

Tiberr kluaq putu mayam, putu bambu, putu piring sumerr...

Quote kakikuDibibirmu 30-7-2023 05:15 AM
Tinot7 replied at 29-7-2023 11:42 AM
Tiberr kluaq putu mayam, putu bambu, putu piring sumerr...

Putu buluh lah!
Quote ultra78 30-7-2023 07:36 AM
Insyaallah kita laksanakan hudud di selangor dan kes rompakan seperti ini tak akan berlaku.
Quote Tinot7 30-7-2023 07:56 AM
kakikuDibibirmu replied at 30-7-2023 05:15 AM
Putu buluh lah! { ...

Tak pernah dgq putu buluh..

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 02:21 PM GMT+8 , Processed in 0.111205 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top