CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Abang Janji Abang Delete" Gambar Bogel Gadis Tersebar Ke Tangan Bakal Mentua Selepas Majlis Tunang

27-7-2023 02:34 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5315| Komen: 41

“Abang janji lepas tengok, abang delete,” bawa padah.

Seorang individu tanpa didedahkan identitinya meluahkan mengenai adik perempuannya yang baru melangsungkan pertunangan.

Namun, keterujaan si adik yang bergelar tunangan orang bertukar mimpi ngeri apabila berdepan dengan sesuatu yang tidak disangka-sangka.


Gambar Hiasan

“Adik perempuan aku berusia 31 tahun baru je bertunang. Tiba-tiba ada satu akaun anonymous (tidak dikenali) hantar gambar bogel adik aku dekat kakak kepada tunang dia.

“Keluarga tunang bagi gambar tersebut kepada mak ayah aku,” tulisnya.

Seperti dijangka, keluarga tunang adiknya amat terkejut menerima gambar tersebut.

“Keluarga tunang terkejut, keluarga kami lagi la sampai tak pasti nak beri reaksi macam mana.

“Aku tak tengok gambar tu, semua cuba sembunyi. Tapi itulah, kedua-dua keluarga dah tahu,” ujarnya lagi.


“Banyak pengajaran daripada kisah ini. Ambil pengajaran, jauhi mengecam,” tulis pengguna Twitter berkenaan.

Di ruangan bebenang, segelintir netizen bersimpati dengan nasib pasangan tunang yang diuji dengan perasaan iri hati dan dengki orang lain yang mahu menghancurkan hubungan mereka.

“Si lelaki dan keluarga mesti sedih sangat. Hantaran mahal, tiba-tiba gambar bogel semua orang tengok dulu. Percuma pula tu.

“Aduhai semoga baik-baik sahaja. Member tu baru nak mendirikan masjid, berat dugaan kedua-dua belah pihak.

“Kalau perempuan tu dah berubah, agak kasihan. Tapi kalau dia masih lagi buat benda tu mungkin peringatan untuk dia dan tunang,” komen netizen.

Selain itu, pelbagai reaksi netizen mengenai kemungkinan situasi yang dihadapi si adik boleh berlaku termasuk menjadi mangsa foto yang telah disunting menggunakan teknologi terkini.

“Zaman sekarang ada dua kemungkinan, orang hantar gambar bogel yang mangsa pernah hantar dulu atau orang hantar gambar bogel guna deepfake (edit).

“Berterus-terang, kalau ada jodoh kahwin la. Percaya Tuhan itu sebaik-baik perancang. Kalau bersalah, bertaubat. Kalau teraniaya, bersabarlah

“Jika bercinta dengan seseorang, jangan sesekali mudah ikut cakap boyfriend kalau diminta untuk hantar gambar seksi. Lelaki pula selagi tak dapat, merajuk. Biarkan dia merajuk dan tinggalkan dia. Lelaki yang baik masih ramai.

“Zaman sekarang boleh edit kan. Mesti dengki sebab perempuan tu nak kahwin dengan orang lain,” demikian antara komen netizen.

Sebagai peringatan, menyebarkan gambar bogel boleh disabit kesalahan mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-dua sekali. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote JunkMail 27-7-2023 02:39 PM
Part time OF ke?
Quote BumpIQ 27-7-2023 02:45 PM
Saja nak sabotaj kebahagiaan orang la tu macam mek yah sabotaj tunjuk bekas kekasih suka layan porn wakakakakaka

Sejenis tak boleh tengok orang bahagia

cc @_blackbird
Quote Supersirap 27-7-2023 02:49 PM
Janganlah sesekali buat kerja yang bukan-bukan walaupun kita terlalu sayang kepada seseorang
Quote tompie 27-7-2023 02:55 PM
Mcm kes mamat yang kena denda 7000 tu ke?? Ke kes yang sama.
Quote _blackbird 27-7-2023 03:00 PM
BumpIQ replied at 27-7-2023 02:45 PM
Saja nak sabotaj kebahagiaan orang la tu macam mek yah sabotaj tunjuk bekas kekasih suka layan porn  ...

mekyah siap meratip kat fb wondering sama ada dak adang tu he lap me or he lap me not hihihihih petikan dari status mek yah.



"olis sebagai contohnya, sebelum mereka membuat sebarang serbuan dan tangkapan, bukankah mereka akan buat siasatan dan risikan terlebih dahulu? Siap menyamor jadi orang gila pun ada. Sebulan ? Bahkan tahun.

Kalau betul betul suka atau memang telah disahkan dari mulut tuan badan sendiri mengatakan tidak suka, buat cara yang benar. Bagitahu ' aku tak suka kau ' atau 'aku suka kau'.

Yang main tarik tali ini, dok drop hint ke hulu hilir melalui video sama ada orang yang ada Narsissistik Personality Disorder atau Attention Seeker. Konon dah blocked bagai, dah tu saka kau ke yang buat video berdasarkan perbualan harian orang lain, Qarin kau ke yang tinggalkan komen menggunakan hidup orang lain sebagai bahan ?

Kau ingat ko Anuar Zain tak pon Zul Ripin ?"



Quote _blackbird 27-7-2023 03:06 PM
BumpIQ replied at 27-7-2023 02:45 PM
Saja nak sabotaj kebahagiaan orang la tu macam mek yah sabotaj tunjuk bekas kekasih suka layan porn  ...

wehhh mcm mek yah pulak hacker dan stalker sebenar. mana dia tau kita ngumpat dia ada psychotic disorder? . moh ler kita beramai ke balai polis pandan indah bawa sepanduk #bukanhadi utk protes depan pintu masuk balai polis dan panggil reputz cari buat liputan utk puaskan hati mekyah yg kita bukan hadi bawang


Quote BumpIQ 27-7-2023 03:22 PM
_blackbird replied at 27-7-2023 03:06 PM
wehhh mcm mek yah pulak hacker dan stalker sebenar. mana dia tau kita ngumpat dia ada psychotic dis ...

Wakakaakak jom la kita pakat2 ke balai polis pandan indah sambil hias diri mekap2 sebelum kibarkan sepanduk yang kita bukan hadi bawang
Last2 mek yah terpaksa putar dekat polis kata hacker boleh shapeshift macam reptilian conspiracy tu wakakakakaka

Hadi Bawang jugak duduk aman2 dekat marang tu sambil lempar2 ikan dekat kucing wakakakakaka
Quote Sazreena 27-7-2023 03:42 PM
It's just a matter of time.....Oh dunia ini..penuh kepalsuan..Oh mungkinkah tiada keikhlasan..apakah ini suatu pembalasan...ahgituewwwww..
Quote antikorok 27-7-2023 03:45 PM
Zaman teknologi A.I Deepfake ni memang menakotkan! Maknoosia yg berhati iblis sanggop buat apa saja huntok melihat orang lain jatuh tersungkor. Semoga kita semua dijauhkan daripada fitnah maknoosia durjana dan semoga aib kita dan keluarga kita sentiasa dipelihara Allah s.w.t.
Quote mojarean_X 27-7-2023 03:51 PM
tompie replied at 27-7-2023 02:55 PM
Mcm kes mamat yang kena denda 7000 tu ke?? Ke kes yang sama.


Aku rasa ada kaitan juga kot sbb tetiba isu naik pd waktu yg sama
Quote brego 27-7-2023 03:51 PM
Edited by brego at 27-7-2023 04:17 PM

akaun anonymous = konfem la ex boifren yg sabotaj
siap tahu contact akak tunang lelaki

“Zaman sekarang boleh edit kan. Mesti dengki sebab perempuan tu nak kahwin dengan orang lain,” demikian antara komen netizen.

tak payah membongak la kata edit,
kalau betoi edit, kenapa kau nak pedulik pulak
takde sebab nak rasa malu, sebab org lain punya body

pompuan sekarang mudah bagi gambar bogel,
mudah kalah dengan rayuan si kuceng belang
Quote _blackbird 27-7-2023 04:01 PM
BumpIQ replied at 27-7-2023 03:22 PM
Wakakaakak jom la kita pakat2 ke balai polis pandan indah sambil hias diri mekap2 sebelum kibarkan ...

Pakai purdah pon dah cukup. Takyah makeup2. Mek yah pon bukan lawa pon. Kang makeup
Lawa2 makin mekyah jaki pula dia sorg godzila vs kong ahahahaha.. ada dia sambung pitnah dak adang tu bayar kita semua utk buat penafian

Quote green~tea 27-7-2023 04:08 PM
JunkMail replied at 27-7-2023 02:39 PM
Part time OF ke?

OF tu apa.. mohon pencerahan, serious iols tatau.. bukan pura2 inesen
Quote green~tea 27-7-2023 04:10 PM
BumpIQ replied at 27-7-2023 03:22 PM
Wakakaakak jom la kita pakat2 ke balai polis pandan indah sambil hias diri mekap2 sebelum kibarkan ...

Tak rembes laaa nak deepfake orgasm hadi bawang... trauma sissssssss


Muntah laknat


Quote brego 27-7-2023 04:13 PM
Edited by brego at 27-7-2023 05:08 PM

takyah risau la gambar bogel tersebar
especially yang muka sememeh dan body ala kadar tu

ada beribu cewek melayu bogel di luar sana,
itu belum masuk lagi indon, thai & pinoy, yg ropa macam melayu.

hari2 ada jer akaun baru, dalam OF dan twitter darkside,
video dan gambar ni semua lama2 bakal tenggelam,
kecuali yang betul2 lejen, dan ramai follower.

itu belum masuk dalam live video stream lagi,
macam bigo, mango, doodstream, etc

meriahh. mudah buat side income



Quote midori888 27-7-2023 04:13 PM
why nak amik gambar bogel...kan dah memalukan family...

kalu meols family lelaki, putus tunang lah jawabnyer....
Quote brego 27-7-2023 04:23 PM
midori888 replied at 27-7-2023 04:13 PM
why nak amik gambar bogel...kan dah memalukan family...

kalu meols family lelaki, putus tunang lah  ...

jangan risau, kat msia ni masih ramai beta male
yang sanggup terima calon bini with dark history

mesti ada punya pak sanggup

Quote midori888 27-7-2023 04:26 PM
brego replied at 27-7-2023 04:23 PM
jangan risau, kat msia ni masih ramai beta male
yang sanggup terima calon bini with dark history

cuols ke salah sorang pak sanggup? hahaha
Quote brego 27-7-2023 04:31 PM
midori888 replied at 27-7-2023 04:26 PM
cuols ke salah sorang pak sanggup? hahaha

bukan.. orang lain

yg guna konsep, asalkan berbini

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 02:24 PM GMT+8 , Processed in 0.083238 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top