CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Buruh Kontrak Tak Mengaku Salah Siang-siang Rogol Anak Kandung

27-7-2023 01:19 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 664| Komen: 5

Seorang buruh kontrak yang didakwa atas tiga pertuduhan merogol anaknya dalam kejadian antara Disember 2016 hingga Februari 2017, mengaku tidak bersalah.

Tertuduh yang berusia 52 tahun itu membuat pengakuan tersebut selepas tiga pertuduhan berkenaan dibacakan berasingan di hadapan Hakim Zaihan Mohamad Ali di Mahkamah Sesyen Alor Setar hari ini.



Tertuduh (dua dari kanan) dibawa ke Mahkamah Sesyen Alor Setar setelah tiba di pekarangan lokap Kompleks Mahkamah Alor Setar bagi menghadapi tiga pertuduhan merogol anak kandungnya.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa merogol anaknya yang berusia 16 tahun ketika itu di bilik air rumah mereka di sebuah kampung di Pendang, dekat sini pada pukul 2.30 petang, Disember 2016.

Sementara bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa melakukan perbuatan sama di bilik tidur rumah berkenaan pada pukul 4 petang, Disember 2016.


Bagi pertuduhan ketiga pula, tertuduh didakwa merogol remaja berkenaan di bilik tidur di lokasi rumah sama pada 9 pagi, Februari 2017.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudian menetapkan 27 Ogos sebagai tarikh sebutan setelah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM18,000 bagi tiga pertuduhan tersebut.


Sumber: KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote B40tastePosh 27-7-2023 01:20 PM
Enak ke?

Tak geli ke?
Quote sfrnna 27-7-2023 01:55 PM
I ada soalan. Camna polis buktikan kes rogol macam ni ye kalau jadi tahun 2016 sbb dah almost 7 tahun kan?
Quote chiyoasuka 30-7-2023 03:23 AM
mmg banggang

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 02:21 PM GMT+8 , Processed in 0.903821 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top