CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

YouTuber Malaysia Berhabis RM50,000 Sambut Birthday Anak, Dekorasi Je Dah RM30,000!

27-7-2023 12:14 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3660| Komen: 15

Seorang YouTuber dari Malaysia, Jasmine dan Kvin menjadi sebutan apabila berhabis puluhan ribu ringgit semata-mata untuk sambutan ulang tahun kelahiran anak lelakinya. 

Sempena usia Enzo yang memasuki satu tahun, Jasmine dan suami mengadakan sebuah sambutan hari lahir secara besar-besaran di sebuah villa.




Sambutan tersebut juga dilengkapi dengan sistem bunyi, bahagian pencuci mulut dan juga mesin claw. Selain itu, terdapat juga playground untuk rakan-rakan anaknya bermain.

Menerusi Instagram Story Jasmine, dia menghabiskan sekitar RM50,000 untuk menjayakan majlis hari jadi anaknya itu. Berikut merupakan huraian harga untuk majlis berkenaan:

Dekorasi (RM30,000)
Buffet (RM3,000)
Kereta buggy (RM1,500)
Gula-gula kapas (RM300)
Mesin claw (RM1,000)
Hadiah-hadiah (RM2,000)
3 hari di villa (RM6,600)
Jurugambar (RM2,000)
Anak patung (RM1,000)


IG

“Saya masih ingat wang saya selalu ditolak daripada akaun, dan ia sekitar RM50,000,” katanya.

Youtuber itu berkata, tidak pernah terlintas di fikirannya yang dia akan berhabis sebanyak itu demi hari jadi anak. Pada asalnya, dia hanya mahu menjemput rakan-rakannya sahaja ke majlis tersebut. Namun, dia berubah fikiran kerana mahu memberikan anaknya yang terbaik.


IG

“Sebab saya tak pernah rasa sambutan (hari jadi) yang besar, dan ia sekali seumur hidup, jadi saya putuskan untuk adakan buat Enzo,” katanya lagi.


Sumber: Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bottompro 27-7-2023 12:29 PM
Baru betul2 t20. X harap, and x batak sponsor mcm retis2 tersangkak malaysia
Quote weezerfan 27-7-2023 12:32 PM
Bagi anak terbaik padahal anak bukan ingat pun
Quote kawaiichicken 27-7-2023 12:48 PM
orang camni bila one day dh terduduk...jatuh miskin xde duit (xmendoakan).. jgn mrh2 ank kata diorg xbersyukur merungut yaa... padahal dari kecik krng dh bagi kemewahan...
Quote margo20 27-7-2023 01:05 PM
Semoga enzo membesar jadi hensem duit banyak dh tu dpt nnt
Quote sukacactus 27-7-2023 03:03 PM
Taste memahal semua sampai nama ank pun Enzo (Ferarri)
Quote chiyoasuka 27-7-2023 09:19 PM
klu ak kaya pun aku buat gak benda yg sama..
Quote kechikchomel 3-8-2023 02:09 PM
berhabis 50k...pastu anak dia dapat hadiah bday, duit salam kaut, lebih 50k kot dapat balik tu

Quote melinda_kerr 11-8-2023 10:56 PM
Nama anak zaman skrang- enzo, kayden,leon, bobby, apple..
Quote likilu 15-9-2024 02:22 PM
Tinvy the happy geran family celebrate birthday anak anak dia gini jugak kan, setiap tahun x 4
Dia laki bini lagi lavish birthday nye.

Enzo celebrate pakai duit sendiri income youtube takpe je, berkongsi rezeki kan
Quote PinkyPie 15-9-2024 07:51 PM
Budak ni bukan ke dah meninggal? Jatuh dlm pool kat hotel ke camtu
Quote cikpah27 2-10-2024 11:02 AM
meninggal dah budak ni.. kesiannya..
Quote arffa 2-10-2024 12:42 PM
kawaiichicken replied at 27-7-2023 12:48 PM
orang camni bila one day dh terduduk...jatuh miskin xde duit (xmendoakan).. jgn mrh2 ank kata diorg  ...

ni aku setuju




Quote pjade 2-10-2024 04:57 PM
So sad.. dah meninggal budaknya..

Ada la juga dia memory buat birthday untuk anaknya...

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 02:02 PM GMT+8 , Processed in 0.050631 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top