CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bantuan Khas RM300 Untuk Penjawat Awam Dan RM200 Untuk Pesara

27-7-2023 11:42 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4722| Komen: 73

Kuala Lumpur: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan mengumumkan pemberian bantuan khas penghargaan sebanyak RM300 kepada penjawat awam gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak.

Perdana Menteri berkata, bantuan khas penghargaan sebanyak RM200 pula akan diberikan kepada pesara kerajaan, termasuk pesara berpencen, penerima pencen terbitan, pesara Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pesara bersara pilihan dan belum menerima pencen, veteran berpencen serta veteran tidak berpencen.


Foto: Harian Metro

Katanya, bantuan yang memanfaatkan 1.3 juta penjawat awam dan lebih sejuta pesara itu akan diberikan dalam tempoh dua minggu dan sebagai permulaan sementara menunggu proses pelarasan gaji dan elaun penjawat awam selesai diperincikan.

"Sementara kajian gaji dan elaun diperincikan, kerajaan akan menyediakan bantuan khas penghargaan sebanyak RM300 kepada penjawat awam gred 56 dan ke bawah serta RM200 kepada pesara kerajaan.


"Saya arahkan Kementerian Kewangan agar dapat meluluskan dan menyalurkan bantuan khas ini dalam tempoh dua minggu dari sekarang.

"Dengan pemberian permulaan ini, diharap penjawat awam akan terus berusaha gigih untuk menyokong hasrat melaksanakan pembaharuan Ekonomi MADANI, memberi perkhidmatan terbaik, sekali gus membantu ruang fiskal kerajaan agar hasrat kerajaan untuk merealisasikan gaji baharu perkhidmatan awam menjadi kenyataan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Peluncuran Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat di sini, hari ini. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote xy_daen 27-7-2023 11:49 AM
Untung la penjawat awam. Pekerja swasta, sila merentan
Quote pekanwoohoo 27-7-2023 11:50 AM
Gula-gula PRN ke? Tanya je
Quote Supersirap 27-7-2023 11:56 AM
Syukran dapat juga merasa bantuan khas
Quote Yoonggi 27-7-2023 11:56 AM
wow! rezeki depa
Quote card_reader 27-7-2023 11:57 AM
hidup madanon....
Quote wirazam 27-7-2023 12:17 PM
pekanwoohoo replied at 27-7-2023 11:50 AM
Gula-gula PRN ke? Tanya je

Kalau gula gula prn..negeri tertentu je yg dpt...
Best la @Acikgomen
Quote hareeeesah 27-7-2023 12:18 PM
Iols serious xfaham asik bg bantuan kenapa ek? Yg kerja masih bergaji, yg pencen dpt je pandai-pandai la manage.. ke mcm mana?
Quote wirazam 27-7-2023 12:18 PM
Yoonggi replied at 27-7-2023 11:56 AM
wow! rezeki depa

Harapnya jgn peniaga naikkan Rega dah lar...
Kalau nak naik juga sila naikkan utk pembeli dari staff gomen je hahaha
Quote zacks 27-7-2023 12:18 PM
Alhamdulillah terima kasih kerajaan bang non.

so lepas ni yg tukang jaga kaunter 5 boleh buka 10 la ye?
Quote noor2 27-7-2023 12:19 PM
Ko nk jd mcm.najib ke apa...bantuan..gaji semua kat org gomen...rakyat keseluruhan ko x kisah?
Quote SedihPedih 27-7-2023 12:20 PM
amboi papa non, bg gula2 ke?
Quote Perwira2022 27-7-2023 12:22 PM
Yang ni tak RASUAH

Sebab PH buat semua jadi suci
Quote adelea 27-7-2023 12:23 PM
Ni betul betul jahanam kan negara ke apa …
Quote Thunderclouds 27-7-2023 12:32 PM
Huntong laaaaaa...
Keja ala kadar gaji naik.
Xmai bbulan² gaji tetap masuk.
Cukup time dpt bantuan.
Quote grouper 27-7-2023 12:35 PM
Rezeki jgn ditolak...tapi undi tetap pn gak.. alhamdulillah
Quote pilot 27-7-2023 12:35 PM
untung la belum raya lagi dah dapat bantuan
Quote nikaido 27-7-2023 12:38 PM
aksb performance cam haram dpt bonus rm10k walaun xbising pun
Quote kucingitam 27-7-2023 12:39 PM
skrg baru terasa ruginya tak kerja gomen...dulu2 masa sekolah dah pikir nak kerja swasta sbb gaji tinggi...huhu..tgk aunty i kerja swasta mmg mewah.. tapi dulu la zaman 80an..skrg pekerja swasta miskin, dik...
Quote midori888 27-7-2023 12:39 PM
amboi govt tabur duit...

Lihat semua komen(73)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 01:33 PM GMT+8 , Processed in 0.198613 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top