Kuala Lumpur: Kerajaan akan menawarkan kredit e-tunai RM100 kepada semua rakyat dewasa di negara ini yang berpendapatan tahunan RM100,000 ke bawah. Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan inisiatif membabitkan peruntukan sekitar RM1 bilion itu akan memanfaatkan lebih 10 juta rakyat berusia 21 tahun ke atas, merangkumi golongan B40 dan M40.
Katanya, inisiatif e-tunai kepada golongan dewasa itu diumumkan selepas kerajaan melihat kejayaan dan impak besar program e-tunai kepada masyarakat. "Melihat akan kejayaan dan impak besar program e-tunai kepada masyarakat, Kerajaan bersetuju untuk menawarkan kredit e-tunai sebanyak RM100 kepada semua rakyat dewasa Malaysia yang berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah. "Bilangan penerima yang layak dianggar melebihi 10 juta rakyat iaitu merangkumi golongan B40 dan M40 dengan dana sekitar RM1 bilion," katanya ketika berucap dalam Majlis Peluncuran Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat di sini, hari ini. -CARI
Sumber: Harian Metro
|
Skuau replied at 27-7-2023 11:57 AM
aku tak mohon..itu duit t20 pembayar cukai...penyumbang kdnk 'terpaling' negara..kang depa tak halal ...
prizadane replied at 27-7-2023 11:51 AM
Rm100 tu untuk individu berpendapatan below 100k/year kan? Camne nak claim?
Skuau replied at 27-7-2023 11:57 AM
aku tak mohon..itu duit t20 pembayar cukai...penyumbang kdnk 'terpaling' negara..kang depa tak halal ...
_blackbird replied at 27-7-2023 12:50 PM
mekyah pasti melompat gembira, boleh order roti canai byk2 kat grab
BumpIQ replied at 27-7-2023 01:20 PM
Wakakakaak mek yah pun dapat jugak rupanya
Untung mek yah boleh order roti canai lebih dari 10 ke ...
prettyuglybabe replied at 27-7-2023 12:55 PM
u ingat t20 je ke bayar cukai?
m40 yang tiap bulan tolak pcb tu bukan cukai?
pekanwoohoo replied at 27-7-2023 11:59 AM
Wah. Madanon pun bagi gula-gula PRN ke?
ADVERTISEMENT