CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Guru Tuisyen Hari-Hari Cabul, Rogol Gadis 16 Tahun Sejak 9 Tahun Lepas

27-7-2023 11:23 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1878| Komen: 10

Seorang guru tuisyen diberkas polis atas dakwaan mencabul dan merogol seorang gadis berusia 16 tahun sejak sembilan tahun lalu.

Suspek yang dikenali sebagai Anil Pardeshi mengusahakan kelas tuisyen bersama isterinya di Mumbai, India.


India Today melaporkan, suspek mula mencabul gadis berkenaan ketika mangsa berusia enam tahun. Lebih parah lagi suspek mencabul mangsa hampir setiap hari selama sembilan tahun.

Gambar Hiasan

Kepercayaan bapa mangsa terhadap suspek telah membuatkan dia bertindak mencabul mangsa dalam tempoh yang begitu lama sehingga menyebabkan gadis tersebut enggan memaklumkan perkara sebenar kepada ahli keluarganya.

Risau perbuatannya terbongkar, suspek memaksa mangsa berhenti sekolah dengan menyakinkan bapanya bahawa sekolah adalah pengaruh yang tidak baik.

Setelah lama tidak hadir ke sekolah, rakan-rakan gadis tersebut datang ke rumah untuk menjenguknya. Mereka kemudian menyaksikan suspek menjerit dan memaki hamun mangsa.


Gadis itu bertindak membongkarkan kepada mereka tentang penderaan dan penyeksaan seksual suspek selama bertahun-tahun. Dalam masa yang sama, rakan-rakannya memujuk mangsa untuk memberitahu bapanya dan membuat laporan polis.

Guru berusia 55 tahun itu kemudian ditangkap dan dihantar ke tahanan kehakiman selepas ditahan di balai polis. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Yoonggi 27-7-2023 12:08 PM
knp la byk ngat kes2 rogol kt sana eh? jantan2 sana mmg xleh kawal hawa nafsu ke camana?
Quote gigahertz 27-7-2023 12:11 PM
Yoonggi replied at 27-7-2023 04:08 AM
knp la byk ngat kes2 rogol kt sana eh? jantan2 sana mmg xleh kawal hawa nafsu ke camana?

cuba tengok kat insta perempuan2 yang workout kat sana.
meleleh air liur.
Quote Sazreena 27-7-2023 03:37 PM
Badan je cun tapi dia punya baun...perghh..
Quote brego 27-7-2023 05:13 PM
Yoonggi replied at 27-7-2023 12:08 PM
knp la byk ngat kes2 rogol kt sana eh? jantan2 sana mmg xleh kawal hawa nafsu ke camana?

banyak makan kari dan bawang

nafsu menggelegak

tengok tiang lampu pun jadi stim
Quote dua_chzy 28-7-2023 04:03 AM
Yoonggi replied at 27-7-2023 04:08 AM
knp la byk ngat kes2 rogol kt sana eh? jantan2 sana mmg xleh kawal hawa nafsu ke camana?


Negara sendiri pun lebih kurang ja.

Btw di India, ada negeri2 yang selamat untuk perempuan. Seperti Bhubaneswar dengan Pune (baca kat Quora). Pompuan jalan sensorang pukul 2 pagi pun ok katanya.

Delhi dan Uttar Pradesh tu negeri perogol nombor 1 so don't go there.
Quote zuuu 28-7-2023 04:26 AM
Yoonggi replied at 27-7-2023 12:08 PM
knp la byk ngat kes2 rogol kt sana eh? jantan2 sana mmg xleh kawal hawa nafsu ke camana?

Dulu aq pon penah fikir camtu gak tapi lepas kes bapak setan jahanam yg rogol n liwat anak pompuan dia sampai 600 kali tu,terus aq sedar yg sbnarnya kat mana2 negara pon sama gak,even kat first class country pon...
Quote rosedemon 28-7-2023 08:37 AM
dah kena cbu rogol ko boleh diam lagi ek bodo
Quote chiyoasuka 30-7-2023 03:26 AM
lagi2 kes rogol. bengap btl la perogol ni. apa la drg fikir ni

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 01:24 PM GMT+8 , Processed in 0.108715 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top