Sebuah kereta merempuh kedai serbaneka di Jalan Yusof Shahbudin 28, Taman Sentosa di Klang, semalam dipercayai akibat pemandunya tertekan pedal minyak. Kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu bagaimanapun tidak menyebabkan kemalangan jiwa, hanya pintu masuk utama premis berkenaan rosak.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong ketika mengesahkan kejadian berkata, kereta itu sudah beredar apabila polis tiba di lokasi kejadian. “Berdasarkan siasatan awal, wanita itu dipercayai tertekan pedal minyak dan hilang kawalan. Kereta yang dipandu mangsa kemudian terus meluru ke depan lalu melanggar pintu masuk kedai tersebut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online hari ini. Selain meminta saksi kejadian tampil bagi membantu siasatan, kenderaan dan pemandu terbabit masih dikesan polis. - CARI
|
otai_g replied at 27-7-2023 11:28 AM
Nasib baik x langgar org. Bkn kereta baru skrg ada anti collision ke akan auto brek kalo ada objek k ...
iolss replied at 27-7-2023 12:10 PM
klang ni byk kes ae..mcm tggi je rate jenayah area klang ni. rompak byk.. accident pon byk.. knpa... ...
ADVERTISEMENT