Pemimpin parti sayap kiri Norway, Bjornar Moxnes dirakam mengambil cermin mata hitam Hugo Boss di sebuah premis bebas cukai dari lapangan terbang di Oslo. Moxnes meletak jawatan pada Isnin berikutan perbuatan tidak semenggahnya itu 'kantoi' dirakam kamera litar tertutup (CCTV) pada 16 Jun lalu.
Portal Politico melaporkan, Moxnes yang mengetuai Parti Merah Norway dan mempunyai lapan kerusi di Parlimen Norway dirakam mengambil cermin mata hitam Hugo Boss di sebuah premis bebas cukai menerusi kamera litar tertutup (CCTV) pada 16 Jun lalu. Selepas rakaman kecurian itu menjadi tular, Moxnes mengambil cuti sakit pada awal Julai. Pada Isnin iaitu sehari sebelum pulang dari cuti sakit, Moxnes mengaku melakukan kecurian itu dan meletakkan jawatannya. "Ramai orang bertanya kepada saya bagaimana saya boleh melakukan sesuatu yang begitu bodoh?
"Saya bertanya kepada diri sendiri berkali-kali dalam beberapa minggu kebelakangan ini. "Saya tidak mempunyai penjelasan yang mencukupi," tulisnya menerusi hantaran di Facebook (FB). Sehari sebelum itu, jawatankuasa eksekutif kebangsaan Parti Merah memutuskan Marie Sneve Martinussen akan menggantikan Moxnes yang memegang jawatan itu sejak 11 tahun lalu, sebagai ketua parti, Martinussen pada Isnin mengutuk kedua-dua kecurian dan cara Moxnes mengendalikan skandal itu, kerana dia tidak memberikan maklumat sebenar mengenai kes itu dari awal. "Saya marah dan kecewa juga sudah memberitahu Bjornar itu dengan cara yang sangat langsung dan dalam bahasa yang mudah," katanya pada sidang media. Bagaimanapun, memandangkan Moxnes memohon maaf dan meletak jawatan selepas skandal itu, kes itu ditutup untuk Martinussen, lapor media tempatan. Difahamkan, Martinussen akan menjadi ketua parti sehingga tahun depan. Sumber: Harian Metro
|
ADVERTISEMENT