Seorang wanita tular dirakam berkelakuan tidak senonoh sebagai protes selepas dihalang pramugari bertugas daripada menggunakan tandas selama dua jam. Metro UK melaporkan, rakaman video yang dimuat naik pada Jumaat itu menunjukkan wanita berkenaan mencangkung di dalam pesawat itu dan membuang air kecil.
"Saya (sudah memberitahu) selama dua jam, saya perlu membuang air kecil. Kamu beritahu saya saya tidak boleh (buang air kecil), kamu tutup pintu," kata penumpang berkenaan kepada anak kapal yang merakam videonya. Wanita itu terus berkata; 'Kapal terbang sudah berhenti, saya tak tahan untuk kencing', sebelum dia menarik semula seluarnya ke atas. "Kamu boleh melakukan apa sahaja yang kamu mahu, kamu boleh menghantar waran, menangkap saya adalah lebih baik daripada ini," tambah penumpang itu.
Sementara itu, pramugari bertugas didakwa meminta penumpang berkenaan minum air kerana air kencingnya mendatangkan bau tidak menyenangkan. Sumber: Harian Metro |
ADVERTISEMENT