CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lebuh Raya Karak Mendap Akibat Runtuhan Terowong, Alexander Puas Hati Tindakan Pantas

27-7-2023 10:35 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 774| Komen: 4

Runtuhan te­rowong 2 projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) menjadi punca mendapan tanah di Kilometer 66.1 berhampiran Plaza Tol Bentong Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak kelmarin.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, runtuhan terowong berlaku pada kedalaman 13 meter dari permukaan lebuh raya menyebabkan mendapan seluas 9.5 meter lebar, 10 meter panjang 4.3 meter dalam.


Katanya, pihak kontraktor mengambil tindakan menimbus kawasan mendapan de­ngan konkrit sejak malam kelmarin.


FB

“Saya puas hati kerana kerja kerja menimbus mendapan dibuat dengan secara cepat. Saya difahamkan jam 7 petang ini (semalam) boleh dibuka untuk kegunaan semula.

“Peringkat awal difahamkan pembinaan terowong di bahagian bawah iaitu projek ECRL,” katanya kepada pemberita ketika meninjau kerja-kerja pembinaan Seksyen 6 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE), semalam.


Terdahulu, mendapan tanah tersebut dilaporkan berlaku sekitar pukul 8.30 malam kelmarin, bagaimanapun insiden tersebut tidak mengakibatkan kemalangan pengguna lebuh raya.

Sementara itu, penurunan tanah dikesan lebih awal sebelum kejadian tanah mendap dilaporkan berlaku di situ.

Syarikat pengendali projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), Malaysia Rail Link Sdn. Bhd (MRL) dalam kenyataannya berkata, penurunan tanah itu dikesan melalui sistem pemantauan pihaknya untuk kerja-­kerja terowong bawah tanah.

MRL berkata, kontraktor kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) syarikat tersebut segera memaklumkan kepada pengendali KLK dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1), ANIH Berhad untuk menutup kawasan terjejas kepada lalu lintas.

“Ini dilakukan sebelum berlaku tanah mendap di situ bagi membolehkan pelaksanaan segera langkah-langkah pe­ngurangan yang diperlukan,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Kenyataan itu berkata, pegawai kanan syarikat tersebut dan kontraktor EPPC CCC-ECRL turut memberi taklimat kepada pihak yang berkaitan seperti Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), polis, bomba dan ANIH tentang kejadian itu.


Loading FB Post...

“Siasatan untuk mengenal pasti punca sebenar tanah mendap itu masih diteruskan. Pasukan Projek ECRL juga telah menghantar jentera dan tenaga kerja untuk memulakan kerja-kerja menutup lubang mendapan,” katanya.

Sementara itu, ANIH mengesahkan penutupan sebahagian lebuh raya di kedua-dua arah disebabkan kejadian tanah mendap berhampiran Plaza Tol Bentong di KM66.2.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd. Kahar pula berkata, kejadian ini tidak me­libatkan sebarang kecederaan kepada pengguna jalan raya ataupun kerosakan kepada mana-mana kende­raan. 


Sumber: UTUSAN

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote xy_daen 27-7-2023 11:41 AM
Buat la gambar perbandingan sebelum baik pulih dan selepas baik pulih dengan tarikh-tarikh tindakan
Quote pearl.silver 15-9-2024 04:42 PM
Ecrl ni pelik gak tgk terowong2 dia. Dkt jln spine road nmpk terowong tebuk bukit, pastu jln mendap ni terowong sambungan dr terowong tebuk bukit td, pastu xnmpk dah tiang jln dia smpi lah dekat rumah flat tu, tebuk bukit lg.. agk seram ye byk masuk terowong kt bentong tu..

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 02:12 PM GMT+8 , Processed in 0.094678 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top