Polis Thailand menahan lelaki yang menggelar dirinya Profesor Paulos kerana didapati bersalah atas 15 kesalahan melibatkan tujuh kanak-kanak dalam tempoh hampir 25 tahun. Paul McKee, 57, yang akan diekstradisi untuk dibicarakan di Liverpool, dijatuhi hukuman 30 tahun di mahkamah bandar itu.
Polis memulakan siasatan pada 2017 apabila mangsa tampil ke hadapan buat petama kali. Penyiasat Konstable, Graeme Beacall berkata, kesalahan yang dilakukan McKee benar-benar mengerikan dan memakan masa bertahun-tahun dengan jumlah mangsa ramai. “Apabila pertuduhan terhadapnya telah diberi kuasa oleh pihak pendakwaan, proses ekstradisi dimulakan. "McKee ditahan Polis Diraja Thailand pada September 2022 dan menghabiskan tempoh tahanan reman di Bangkok sebelum dikembalikan ke United Kingdom,” katanya. Dia memberitahu, McKee kemudian memilih untuk memanjangkan penderitaan mangsa dengan mengaku tidak bersalah dan menyebabkan perbicaraan berlarutan.
"Saya berharap sabitan dan hukuman McKee akan diselesaikan segera bagi membolehkan mangsa meneruskan kehidupan mereka,” katanya. Sumber: mStar |
bored_atticus replied at 27-7-2023 10:32 AM
Jijik habis dia ni.. budak 2 tahun digorolnya.. and silap2 kat thailand pun banyak budak jadi mangsa ...
OshinDaSolja replied at 27-7-2023 05:04 PM
mat salleh yg minat Thailand ni selalunya jenis white trash...jenis2 yg problematic, suka enjoy club ...
Decaffeinated replied at 27-7-2023 11:02 PM
White trash but still preferred sebab duit depa besar dan tak kedekut untuk berhibur.
sharlenetexas replied at 27-7-2023 11:14 PM
Ye ke tak kedekut?
ADVERTISEMENT