PETALING JAYA – Seorang wanita bengang rumah pusaka arwah neneknya yang disewakan kepada sebuah keluarga ‘diserahkan’ dalam keadaan kotor selepas tidak dijaga dengan baik. Persekitaran di dalamnya didakwa dipenuhi najis kucing dan ayam.
Luahan itu dikongsikan seorang pengguna TikTok menerusi video dimuat naik pada akaunnya yang menunjukkan keadaan di dalam rumah tersebut tidak terjaga, kotor dan rosak selain terdapat sampah tidak dibuang. “Penyewa pengotor, alkisah rumah pusaka arwah opah ni disewakan oleh sebuah keluarga. Rumah tinggal dalam keadaan elok, dapat kat dia orang jadi macam ni. “Menyewa 31/8/2014 keluar dari rumah 24/7/2023. Sembilan tahun ye tak bertukar orang. Macam mana boleh duduk dalam keadaan macam ni. Penuh dengan najis kucing, najis ayam,” katanya pada hantaran itu. Menjawab pertanyaan orang ramai, wanita itu memberitahu, keluarga yang menyewa rumah tersebut adalah golongan susah.
“Sebelum ni makcik sebelah rumah opah yang bagi sewa sebab kata orang ni susah. Jadi dia sewakan RM50 saja sebulan. “Sebab kan makcik yang duduk sebelah rumah opah ni kata dia susah. Kita pun ok saja lah, tapi jadi macam ni pula. “Kita datang awak (tengok rumah sepanjang menyewa). Tapi sebab dia susah, kita tolong juga. Mula-mula memang dia susah. Tapi takkan sampai tak boleh jaga rumah,” katanya kesal. – CARI Sumber: Kosmo
|
Zeatyisaac replied at 27-7-2023 11:02 AM
Ini yang dikatakan bukan susah tapi pemalas. Sebab dia pemalaslah dia susah. Ada je orang lain susah ...
sukacactus replied at 27-7-2023 10:58 AM
Xpayah org lain, ank sdr pun boleh buat gini kat parents
Jiran mak aku bagi ank dia duduk 1 rumah
As ...
sufi^_^ replied at 27-7-2023 11:20 AM
Orang yang sampai ada taik kucing taik ayam dalam rumah ni, camana dorang solat eh?
Ke memang tak s ...
SalenaGomez replied at 27-7-2023 11:07 AM
Dah tahu pemalas jgn la bela kucing…pengotor lak tu
ADVERTISEMENT