Jangan percaya ugutan penipuan yang mendakwa gambar disebar di laman lucah. Itu pesan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf yang memaklumkan ini antara taktik baharu scammer yang dikesan pihak polis.
“Individu ini menerima mesej dikatakan kononnya menjadi mangsa bahawa gambarnya ada di dalam ‘group’ lucah. “Ini semua permainan psikologi dan yang lemah akan terus mudah menjadi mangsa hingga mengalami kerugian wang ringgit. Jadi, dalam memilih untuk tidak rugi, maka seseorang itu perlu kuat,” katanya di sini semalam.. Beliau berkata, ada juga taktik di mana mangsa menerima mesej berbaur lucah namun apabila dilayan, mesej berubah menjadi ugutan kononnya mangsa bertukar-tukar mesej dengan isteri orang. Jelas beliau, mangsa berasa takut dan terpedaya sehingga menyerahkan wang.
“Helah sebegini digunakan untuk memperdaya orang sehingga menyebabkan kerugian. “Ini adalah satu kesalahan serius yang boleh disabitkan. Jika dulu penipuan kebanyakan bersemuka dan pembuktian melibatkan kata-kata. “Bagaimanapun kini penipuan secara dalam talian selalunya boleh dijejak semula dan pelaku diingat mereka tidak akan terlepas daripada dikesan polis,” ujarnya. Sumber: UTUSAN
|
netto_ replied at 27-7-2023 11:25 PM
Aku baru kene hari tu dkt tele. Tibe2 ad eorg msg ckp ade gambar bogel dkt page sekian2. Die bg link ...
kepompong replied at 28-7-2023 12:03 AM
dia curi profile. pi edit potosop. hahahahaa camne tu
joy_ah replied at 28-7-2023 02:17 AM
sebar jela dik tak luak pun. sama je semua orang punya.
lainla kalau tetek ada tiga ke vagina akak l ...
netto_ replied at 27-7-2023 11:25 PM
Aku baru kene hari tu dkt tele. Tibe2 ad eorg msg ckp ade gambar bogel dkt page sekian2. Die bg link ...
pekanwoohoo replied at 28-7-2023 10:10 AM
Sama, tapi masalahnya dia pakai telegram dari contact yang kita kenal. Malas nak layan, delete aje ...
BumpIQ replied at 27-7-2023 11:17 PM
Ni kalau jadi dekat mek yah ni habis di tempuh 500km nak pergi serang si Hadi Bawang tu sebab dia in ...
ADVERTISEMENT