CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Azmin Ali Tak Jadi Rehat

27-7-2023 08:20 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 868| Komen: 6

Bukan 'lari' dari kerusi Bukit Antarabangsa yang disandangnya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu, sebaliknya bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menjelaskan kerusi Hulu Kelang yang ditandingi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini adalah kerusi pertama beliau mendapat mandat daripada rakyat sejak 1999.


"Ketika saya menjadi Ahli Parlimen Gombak selama tiga penggal mulai tahun 2008 sehingga baru ini, Hulu Kelang adalah sebahagian Parlimen Gombak.


FB

"Jadi tidak timbul saya lari dari satu kawasan ke kawasan lain. Sebagai pemimpin, kita harus bersedia memberikan khidmat di mana jua yang diperlukan rakyat," katanya kepada pemberita selepas pengumuman calon PN Selangor di Taman Medan hari ini.

Terdahulu, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Mohamed Azmin akan bertanding mewakili gabungan itu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kelang.


Mengulas mengenai mengapa mengambil keputusan untuk bertanding, bekas Menteri Kanan Antarabangsa dan Industri itu mengakui pada asalnya beliau berhasrat untuk berehat buat sementara waktu.

Bagaimanapun katanya, parti meminta dirinya untuk mengambil bahagian dalam PRN kali ini berdasarkan kepada situasi semasa.

"Maka saya akur arahan Presiden Bersatu (Muhyiddin) dan juga Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) untuk saya bersama dengan rakan-rakan lain menyertai pilihan raya kali ini.

"Saya menerima tanggungjawab ini dengan penuh rasa tanggungjawab dan akan 


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikatilia 27-7-2023 10:53 AM
yahaaaaa
pastu dok janji nak kua kwsp kwsp kwsp tabur duit org2 yg dok meroyan kwsp tu hah
Quote Decaffeinated 27-7-2023 01:21 PM
Ketika saya menjadi Ahli Parlimen Gombak selama tiga penggal mulai tahun 2008 sehingga baru ini

sehingga baru ini, sekarang dia bukan ka?

Quote Kitty_catz 27-7-2023 01:22 PM
tahi (dilemparrrrrrrrrrrrrrrr)
Quote tripleid 27-7-2023 01:45 PM
kena lah tebalkan muka aktif balik sbb bakal kena saman 10juta mcm mak lampir zuraida kena..

Cashh utk pengkhianat semburit hina cam ko!
Quote stingertaikjubo 28-7-2023 09:10 AM
Drama sangat...next?

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 01:20 PM GMT+8 , Processed in 0.055072 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top