CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Warga Emas Cederakan Polis Berdepan Tuduhan Cubaan Membunuh

26-7-2023 10:49 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 252| Komen: 0

Kulim: Lelaki warga emas yang disyaki mencederakan dua anggota polis sehingga seorang daripadanya parah akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret dan Sesyen di sini atas enam pertuduhan termasuk cubaan membunuh esok.


Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd. Redzuan Salleh memberitahu, kertas siasatan berhubung kejadian telah dirujuk kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Negeri Kedah.

Katanya, pihak tersebut kemudian bersetuju untuk menuduh suspek di mahkamah pada esok.

Suspek berusia 82 tahun dibawa ke Kompleks Mahkamah Kulim bagi proses reman kerana disyaki mencederakan dua anggota polis semalam.

“Suspek akan dituduh di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan (KK) kerana cubaan membunuh pegawai kanan polis dan Seksyen 324 KK kerana mendatangkan kecederaan dengan menggunakan senjata.


“Suspek juga akan dituduh di bawah Seksyen 380 KK kerana mencuri di pasar raya, Sekyen 506 KK kerana mendatangkan ugutan jenayah, Seksyen 353 KK kerana mendatangkan kecederaan dan Seksyen 427 KK kerana khianat atas harta,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Kosmo! Online hari ini melaporkan suspek berusia 82 tahun yang disyaki mencederakan dua anggota polis sehingga seorang daripadanya parah pada dada dalam kejadian di Taman Selasih, di sini semalam direman selama enam hari bermula hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 10.45 pagi semalam, seorang pegawai polis cedera parah sehingga terpaksa menerima 36 jahitan pada dada akibat dilibas pisau pemotong kertas oleh suspek.

Kejadian kira-kira pukul 10.45 pagi itu turut mengakibatkan seorang lagi anggota polis luka pada kaki ketika bergelut untuk menahan suspek berusia 82 tahun.

Kejadian berlaku ketika pasukan polis mahu membuat serbuan dan tangkapan ke atas suspek yang disyaki terlibat dalam kes kecurian di sebuah pasar raya di sini.


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 02:21 PM GMT+8 , Processed in 0.043661 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top