CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pencuri ‘Derma’ RM27 Pada Pemilik Rumah Kerana Tiada Barang Berharga

26-7-2023 10:44 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 209| Komen: 0

New Delhi: Sekumpulan pencuri yang kecewa kerana tidak menemui apa-apa barangan berharga untuk dirompak di sebuah rumah warga emas di New Delhi, India, bertindak meninggalkan wang tunai sebanyak 500 rupee (RM27.22) di pintu pagar utama kediaman itu, lapor laman berita Indian Today kelmarin.


Polis yang tiba di rumah itu dikatakan menemui seorang lelaki berusia 80 tahun yang tinggal di situ.


Menurut M. Ramakrishna, yang merupakan pemilik rumah itu, dia dan isterinya telah pergi ke Gurugram pada pagi Rabu lalu dan apabila pulang, mereka melihat kunci pintu utama telah rosak. Namun, tiada apa yang hilang dari kediaman itu.

Bagaimanapun, mereka menemui wang kertas berjumlah 500 rupee di pintu pagar utama.

Warga emas itu memberitahu polis bahawa dia tidak menyimpan sebarang barang berharga di rumah.

Ramakrishna ialah seorang jurutera bersara dan berdasarkan aduannya, polis sedang memburu kumpulan perompah berkenaan, lapor agensi berita ANI. – Agensi



Sumber: Kosmo! Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 01:44 PM GMT+8 , Processed in 0.385356 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top