Kuala Lumpur: Pelakon Ali Arami, 33, menyifatkan tindakannya memegang anjing dalam satu babak filem Adoiii Jiwaku tidak perlu dijadikan isu atau kontroversi. Ali ketika ditemui berkata, ia bukan satu masalah yang perlu dijadikan isu kerana kita ada tokoh agama dan dalil yang boleh dirujuk.
"Selepas buat babak itu pun kami terus samak. Seperti yang kita tahu, anjing bukan haram tetapi adalah najis. Kita ada mufti dan kita ada dalil. Jadi, itu bukan satu masalah sebenarnya. Lagipun, selepas itu memang terus samak. "Memang lepas penggambaran babak itu pun (pegang anjing), pihak produksi dah sediakan tanah, air (untuk samak) dan sebagainya. Jadi, tak ada masalah," katanya kepada Harian Metro. Ali yang juga pelakon lagak ngeri dan bekas atlet sukan wushu berkata, antara sebab dia dipilih berlakon dalam filem itu ialah kerana fasih berbahasa Mandarin dan pernah bersekolah rendah serta menengah di sekolah aliran Cina.
"Ini filem pertama saya sebagai watak utama. Sebelum ini pernah berlakon watak kecil dalam filem Kerat 14 dan Kanang Anak Langkau. Jadi, saya pun tak tahu sangat teknik lakonan dan perlu banyak lagi belajar. "Malah, untuk dialog kasar dan sensitif dalam filem ini pun saya okay saja. Sebabnya, dulu dah biasa ketika di sekolah Cina. Satu lagi, saya pun bukan jenis yang kisah orang nak cakap apa, biarlah. Asalkan mesej yang saya sampaikan itu boleh diterima," katanya. Babak itu memaparkan Ali dan seorang lagi pelakon, Anuar Abdul Hamid memegang anjing kerana mahu membantu melepaskan haiwan itu yang di dalam kesakitan. Sumber: Harian Metro
|
BumpIQ replied at 26-7-2023 10:29 PM
Deorang pegang anjing untuk apa tu?
Mek yah pegang anjing elok je takde sape kisah
_blackbird replied at 27-7-2023 01:04 AM
Hamboii.. hamboii.. tajuk pilem pon adoiii jiwaku ahahahaha patut director ni ambil mak yah dan an ...
dudaberhias replied at 27-7-2023 10:03 AM
Omg mek yah bela anjing kah?
Harap2 anjing tu tak jadi mangsa hempuk dan smackdown...
dudaberhias replied at 27-7-2023 10:03 AM
Omg mek yah bela anjing kah?
Harap2 anjing tu tak jadi mangsa hempuk dan smackdown...
ADVERTISEMENT