CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1041|Reply: 8

Tak Perlu Jadikan Isu Babak Pegang Anjing

[Copy link]
Post time 26-7-2023 10:17 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Pelakon Ali Arami, 33, menyifatkan tindakannya memegang anjing dalam satu babak filem Adoiii Jiwaku tidak perlu dijadikan isu atau kontroversi.


Ali ketika ditemui berkata, ia bukan satu masalah yang perlu dijadikan isu kerana kita ada tokoh agama dan dalil yang boleh dirujuk.


Babak dua pelakon beragama Islam memegang anjing dalam filem itu.




"Selepas buat babak itu pun kami terus samak. Seperti yang kita tahu, anjing bukan haram tetapi adalah najis. Kita ada mufti dan kita ada dalil. Jadi, itu bukan satu masalah sebenarnya. Lagipun, selepas itu memang terus samak.


"Memang lepas penggambaran babak itu pun (pegang anjing), pihak produksi dah sediakan tanah, air (untuk samak) dan sebagainya. Jadi, tak ada masalah," katanya kepada Harian Metro.


Ali yang juga pelakon lagak ngeri dan bekas atlet sukan wushu berkata, antara sebab dia dipilih berlakon dalam filem itu ialah kerana fasih berbahasa Mandarin dan pernah bersekolah rendah serta menengah di sekolah aliran Cina.


"Ini filem pertama saya sebagai watak utama. Sebelum ini pernah berlakon watak kecil dalam filem Kerat 14 dan Kanang Anak Langkau. Jadi, saya pun tak tahu sangat teknik lakonan dan perlu banyak lagi belajar.


"Malah, untuk dialog kasar dan sensitif dalam filem ini pun saya okay saja. Sebabnya, dulu dah biasa ketika di sekolah Cina. Satu lagi, saya pun bukan jenis yang kisah orang nak cakap apa, biarlah. Asalkan mesej yang saya sampaikan itu boleh diterima," katanya.


Babak itu memaparkan Ali dan seorang lagi pelakon, Anuar Abdul Hamid memegang anjing kerana mahu membantu melepaskan haiwan itu yang di dalam kesakitan.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2023 10:29 PM | Show all posts
Deorang pegang anjing untuk apa tu?

Mek yah pegang anjing elok je takde sape kisah

Boleh je sertu lepastu



cc @_blackbird
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2023 01:04 AM From the mobile phone | Show all posts
BumpIQ replied at 26-7-2023 10:29 PM
Deorang pegang anjing untuk apa tu?

Mek yah pegang anjing elok je takde sape kisah

Hamboii.. hamboii.. tajuk pilem pon adoiii jiwaku ahahahaha patut director ni ambil mak yah dan anjing dia sebagai pelakon boleh la twitter sendu mek yah tu ramai sikit follower. Takda la mekyah borak merapu sorg2 dlm twitter. Mekyah pon tak kesepian dan susah nak curi gamba jiran lagi

Cc @dudaberhias

Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2023 01:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Alaaaa abg Anuar ni pon…
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2023 07:55 AM From the mobile phone | Show all posts
org melayu gitu la, pegang anjing mmg terpaling isu besar sbb tersentuh laki perempuan non muhrim bende biase kan??
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2023 10:03 AM From the mobile phone | Show all posts
_blackbird replied at 27-7-2023 01:04 AM
Hamboii.. hamboii.. tajuk pilem pon adoiii jiwaku ahahahaha patut director ni ambil mak yah dan an ...

Omg mek yah bela anjing kah?

Harap2 anjing tu tak jadi mangsa hempuk dan smackdown...

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-7-2023 10:10 AM | Show all posts
dudaberhias replied at 27-7-2023 10:03 AM
Omg mek yah bela anjing kah?

Harap2 anjing tu tak jadi mangsa hempuk dan smackdown...

2 ekor lagi nokkkk... tu lah risau gak time mereng dia sampai ada mek yah lempor2 anjing tu ke dinding atau dera anjing tu dengan siram air coway panas
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2023 11:55 AM | Show all posts
heols pnh jd stunt double utk aaron kwok hoccay


gitu hasil gugelan sbb heols nmpk herlok
tp he's not available... married man

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2023 01:05 PM | Show all posts
dudaberhias replied at 27-7-2023 10:03 AM
Omg mek yah bela anjing kah?

Harap2 anjing tu tak jadi mangsa hempuk dan smackdown...

Siap ada dua ekor lagi untuk di gosok2 depan beranda rumah wakakakakaka sambil post2 barang siap tampal ada hadis dan ayat quran
Aje gilerrrr mek yah ni bak kata @_blackbird
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 02:14 AM GMT+8 , Processed in 0.052778 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list